sukan

Jumlah hadiah Izzuddin-Sze Fei selepas sekali lagi Juara

Pemain beregu sensasi negara, Nur Izzuddin Rumsani mendedikasikan kejayaan menjuarai Terbuka Artik di Finland kepada isterinya, Mawar Mutiara yang menyambut hari lahir, semalam.

Izzudin dan gandingannya, Goh Sze Fei mempamerkan permainan cukup mengujakan, semalam ketika menjinakkan pasangan di ranking kedua dunia dari Denmark, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen 15-21, 21-15, 21-19 di final.

Kejayaan dalam kejohanan bertaraf Super 500 BWF (Persekutuan Badminton Dunia) di Energia Areena, Vantaa itu adalah yang ketiga buat Izzudin-Sze Fei yang turut cemerlang menjuarai Terbuka China (Super 1000) bulan lalu dan Terbuka Jepun (Super 750) pada Ogos.

“Syukur Alhamdulillah semua kejayaan ini datang daripada Dia,” kata Izzuddin dalam laman sosialnya yang turut mengakui cabaran yang diharungi di Finland cukup sukar terutama bermula di suku akhir.

“Kemenangan ini juga khas buat isteri saya yang menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-27,” kata pemain berusia 26 tahun itu.

Sementara itu, Sze Fei menjelaskan kunci kepada kejayaan menewaskan Astrup-Skaarup cukup bermakna.”Kunci kemenangan adalah kami mempercayai satu sama lain. Kami tidak mengalah dan terus berusaha, tidak letakkan begitu banyak tekanan kepada diri kami dan memberikan yang terbaik,” katanya.

Sebagai rekod, ini adalah kemenangan kedua Sze Fei-Izzudin ke atas Astrup-Rasmussen dari lapan pertemuan sebelum.

sumber:- BH

Dan apa yang menarik, kejayaan di Finland menyaksikan poket kedua-dua pemain yang mula bergerak profesional bulan lalu itu makin ‘kembung’ selepas membawa pulang hadiah kemenangan berjumlah AS$33,180 (RM142,459).

Recent Posts

  • sukan

TERKINI : Keputusan aksi Malaysia berdepan Pakistan

 Skuad hoki negara mempamerkan semangat juang yang tinggi untuk bangkit mengikat Pakistan 3-3 dalam perlawanan pembukaan Kumpulan B, Kejohanan Piala… Read More

4 hours ago
  • sukan

TFC akhirnya putuskan nasib Badrul

 Bekas pengendali sementara Terengganu FC (TFC), Badrul Afzan Razali secara rasmi dinaikkan 'pangkat' sebagai ketua jurulatih skuad itu bagi mengharungi… Read More

5 hours ago
  • sukan

Bukit Jalil mungkin jadi saksi Indonesia mara ke Piala Dunia 2026

Pemerhati bola sepak Oman, Issa Saeed, berkongsikan bahawa terdapat lima negara yang berpotensi untuk menjadi tuan rumah bagi perlawanan pusingan… Read More

6 hours ago
  • sukan

Jurulatih bola sepak ditahan cabul dua remaja perempuan

 Seorang jurulatih bola sepak persendirian ditahan polis selepas dipercayai mencabul dua remaja perempuan berusia 13 tahun dalam kejadian berasingan yang… Read More

7 hours ago
  • sukan

Endrick Dos Santos kembali ke Vietnam selepas belasah Vietnam

Selepas membantu Harimau Malaya menjulang kejayaan baru-baru ini, pemain naturalisasi negara, Endrick Dos Santos kembali beraksi untuk kelabnya di Vietnam.… Read More

7 hours ago
  • sukan

TERKINI : JDT sah sambar pemain berstatus bintang

Johor Darul Ta'zim (JDT) hari ini mengumumkan ketibaan pemain penyerang baru yang akan memperkuatkan pasukan itu dari Brazil iaitu Jairo… Read More

8 hours ago