Ketua jurulatih skuad kebangsaan, Pau Marti Vicente tidak dapat menyembunyikan kekecewaannya setelah Malaysia tumpas 0-4 kepada New Zealand dalam perlawanan persahabatan antarabangsa Tier 1 yang berlangsung di Stadium North Harbour hari ini.
Vicente mengakui bahawa pasukan New Zealand di bawah kendalian Darren Bazeley dan menduduki ranking ke-95 dunia adalah antara lawan paling sukar yang pernah dihadapi oleh Malaysia.
Beliau meluahkan rasa kesalnya kepada peminat terutamanya kepada mereka yang hadir memberikan sokongan di Auckland.
“Pertama sekali, saya ingin memohon maaf kepada semua peminat yang menyaksikan dari Malaysia dan yang datang ke sini. Mereka datang dengan harapan untuk melihat pasukan ini menang dan beraksi dengan baik, tetapi kami tidak memberikan keputusan yang diharapkan,”katanya.
Pengendali dari Sepanyol itu turut mengakui bahawa menentang pasukan New Zealand adalah satu cabaran besar.”Kadang-kadang, saya rasa kami menentang pasukan yang sangat kuat. Ini mungkin antara pasukan terkuat yang kami hadapi. Namun, bagi pemain, pengalaman ini adalah satu pengajaran yang berharga,” katanya dalam klip video yang dikongsi Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) selepas perlawanan persahabatan itu.
Walaupun kalah besar, Vicente menekankan aspek positif terutamanya prestasi pasukan pada separuh masa pertama dengan mereka berjaya mengekalkan keputusan tanpa jaringan.
Namun, di separuh masa kedua yang menyaksikan Malaysia bolos empat gol, Vicente berkata kesilapan berlaku ketika transisi dan bukannya sewaktu bertahan.
“Dalam separuh masa pertama, kami menghadapi banyak tekanan tetapi kami kekal kuat dan terus percaya. Saya rasa kami sedikit goyah dalam transisi (bertahan kepada menyerang) tetapi kami memasuki separuh masa dengan 0-0. Di separuh masa kedua, kami bolos lebih banyak dalam fasa transisi berbanding dalam fasa bertahan.
“Saya tidak boleh mengeluh mengenai usaha pemain. Segalanya adalah positif. Kami datang ke sini untuk berlatih dan berdepan dengan lawan yang kuat. Ini satu cabaran dan saya percaya kami akan belajar daripadanya,” kata jurulatih berusia 41 tahun itu.
Dalam perlawanan hari ini yang merupakan pertemuan pertama antara kedua-dua pasukan dalam 18 tahun, empat gol New Zealand hadir dalam separuh masa kedua menerusi Elijah Just pada minit ke-53, Matthew Garbett (min ke-61), Chris Wood (min ke-72), dan Logan Rogerson pada minit ke-90.
sumber:- BH
Ini adalah kekalahan pertama Malaysia selepas empat perlawanan kompetitif di bawah kendalian Vicente sejak beliau mengambil alih sebagai ketua jurulatih skuad Harimau Malaya berikutan peletakan jawatan mengejut Kim Pan Gon pada Julai.Bulan lepas, Vicente membawa Malaysia menjuarai Pestabola Merdeka 2024 bulan lalu.
– BERNAMA
Pemain pertahanan Sabah FC, Park Tae-su yang dikenali dalam kalangan penyokong sebagai 'Ketua Kampung Likas' meluahkan rasa kecewa selepas kontraknya… Read More
Penyerang warisan baharu Harimau Malaya, Joao Figueiredo, mencuri tumpuan bukan sekadar kerana jaringan sulungnya dalam kemenangan 4-0 ke atas Vietnam,… Read More
"Kita bagi tempoh seminggu saja bermula hari ini. Kalau tidak, kita akan buat sidang media dan dedahkan segala-galanya yang orang… Read More
Pemegang rekod penjaring terbanyak sepanjang zaman Liga Super, Indra Putra Mahayuddin meluahkan hasrat untuk melihat anak tempatan memecahkan rekodnya itu… Read More
Pertahanan Kuala Lumpur (KL) City, Giancarlo Gallifuoco, mengakui fenomena Harimau Malaya membangkitkan keterujaannya untuk menjadi sebahagian daripada revolusi baru bola… Read More
Pemain warisan Harimau Malaya, Imanol Machuca meluahkan kegembiraannya selepas membuat penampilan sulung bersama skuad negara di Stadium Nasional, Bukit Jalil,… Read More