sukan

TERKINI: Sze Fei-Izzuddin muncul Juara dalam aksi penuh ‘gila’

Beregu lelaki profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, bergelar juara Kejohanan Badminton Terbuka Finland apabila bangkit daripada ketinggalan satu set untuk menewaskan beregu pilihan kedua dari Denmark, Kim Astrup-Anders Skarup Rasmussen, di Vantaa sebentar tadi.

Wakil negara itu bermula perlahan dalam set pertama, di mana mereka tidak pernah dapat mendahului lawan berkenaan sehingga pada satu ketika ketinggalan 8-16 sebelum tewas 15-21.

Bagaimanapun, Sze Fei dan Nur Izzuddin bangkit mendominasi set kedua untuk mencatatkan kemenangan 21-18, sekali gus mengheret penentuan gelaran itu ke set ketiga.

Aksi dalam set penentuan berlangsung sengit dengan gandingan negara itu ketinggalan pada pertengahan aksi tetapi sebaik menyamakan kedudukan 19-19, mereka memperoleh dua mata terakhir untuk merangkul gelaran ketiga mereka tahun ini.

sumber:- stadium astro

Sebagai rekod, Sze Fei merupakan juara Terbuka Jepun dan Terbuka China sepanjang tahun ini selain juara Masters Abu Dhabi pada penghujung tahun lalu.

Recent Posts

  • sukan

TERKINI : Keputusan aksi Malaysia berdepan Pakistan

 Skuad hoki negara mempamerkan semangat juang yang tinggi untuk bangkit mengikat Pakistan 3-3 dalam perlawanan pembukaan Kumpulan B, Kejohanan Piala… Read More

6 hours ago
  • sukan

TFC akhirnya putuskan nasib Badrul

 Bekas pengendali sementara Terengganu FC (TFC), Badrul Afzan Razali secara rasmi dinaikkan 'pangkat' sebagai ketua jurulatih skuad itu bagi mengharungi… Read More

7 hours ago
  • sukan

Bukit Jalil mungkin jadi saksi Indonesia mara ke Piala Dunia 2026

Pemerhati bola sepak Oman, Issa Saeed, berkongsikan bahawa terdapat lima negara yang berpotensi untuk menjadi tuan rumah bagi perlawanan pusingan… Read More

8 hours ago
  • sukan

Jurulatih bola sepak ditahan cabul dua remaja perempuan

 Seorang jurulatih bola sepak persendirian ditahan polis selepas dipercayai mencabul dua remaja perempuan berusia 13 tahun dalam kejadian berasingan yang… Read More

8 hours ago
  • sukan

Endrick Dos Santos kembali ke Vietnam selepas belasah Vietnam

Selepas membantu Harimau Malaya menjulang kejayaan baru-baru ini, pemain naturalisasi negara, Endrick Dos Santos kembali beraksi untuk kelabnya di Vietnam.… Read More

9 hours ago
  • sukan

TERKINI : JDT sah sambar pemain berstatus bintang

Johor Darul Ta'zim (JDT) hari ini mengumumkan ketibaan pemain penyerang baru yang akan memperkuatkan pasukan itu dari Brazil iaitu Jairo… Read More

9 hours ago