sukan

Bergson dan Hidalgo berpeluang sarung Jersi Malaysia

Skuad Harimau Malaya berpeluang menambah sengat di jentera hadapan pada 2026 nanti apabila dua pemain import dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) dilihat berpotensi untuk dinaturalisasikan oleh kelab masing-masing sekali gus memberi kelebihan buat pasukan negara.

Antara tonggak terbaik yang boleh dinaturalisasikan adalah penyerang prolifik Johor Darul Ta’zim (JDT), Bergson da Silva dan pemain sayap lincah yang dipinjamkan dari JDT ke Sri Pahang FC, Manuel Hidalgo.

Kedua-dua pemain ini cukup konsisten dalam saingan Liga M sejak beberapa musim lalu, dengan Bergson dilabel ‘mesin’ gol buat skuad Harimau Selatan apabila sudah merekodkan sejumlah 126 gol dalam kesemua kejohanan bersama JDT sejak 2021 lalu.

Ketajamannya pasti membawa dimensi baharu buat skuad Harimau Malaya yang sememangnya ketandusan seorang penyerang tulen di depan gawang gol.

Begitupun satu faktor yang mungkin menjadi kesangsian adalah mengenai jangka hayatnya untuk beraksi buat pasukan negara di pentas antarabangsa di mana usianya bakal mencecah 35 tahun pada tahun itu.

Namun jika pemain kelahiran Brazil itu mampu mengekalkan prestasinya ditahap terbaik seperti mana ditunjukkan seorang lagi penyerang naturalisasi, Paulo Josue yang kini berusia 34 tahun, sudah tentu dia akan menjadi senjata sulit terbaharu buat Harimau Malaya.

Situasi Hidalgo nyata berbeza kerana tonggak kelahiran Argentina itu masih muda di mana ketika ini berusia 25 tahun dan boleh beraksi untuk Malaysia dalam tempoh panjang.

Bagaimanapun untuk menaturalisasikan calon berkenaan, ia terserah kepada kelab masing-masing selepas Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menghentikan program naturalisasi pada tahun lalu, namun program itu masih boleh dilakukan oleh kelab di Liga M.

Menurut Timbalan Presiden FAM, Datuk Mohd Yusoff Mahadi, keputusan menghentikan pengambilan pemain naturalisasi masih terpakai tetapi kelab tempatan dibenarkan untuk menjalankan program itu seperti mana yang ada dalam peraturan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (Fifa).

Yusoff berkata, FAM tidak boleh menghalang kelab untuk menaturalisasikan pemain import yang sudah lima tahun menetap atau beraksi di negara ini.

Namun katanya, untuk dipanggil menyarung jersi skuad negara juga tidak semudah itu kerana FAM tetap akan menilai kemampuan pemain itu sebelum disenaraikan.

“Kita tak menghalang untuk kelab nak naturalisasikan pemain tetapi untuk memanggil ke kem negara kita ada kita punya jawatankuasa penilai, di mana ia diketuai jurulatih kebangsaan.

“Ia terpulang kepada jurulatih kebangsaan apabila seorang pemain dinaturalisasikan oleh kelab, untuk menyenaraikan ke skuad kebangsaan itu hak jurulatih.

“Kita akan ikut apa kemahuan jurulatih. Kalau pemain itu boleh menyumbang dan memperkuatkan pasukan, itu terpulang kepada jurulatih,” katanya Ketika dihubungi Arena Metro.

Ditanya posisi paling kritikal, beliau akui posisi penyerang adalah bahagian yang perlu dipertajamkan lagi.

“Memang kita melihat posisi penyerang ini kritikal kepada pasukan, kita tak ada penyerang prolifik. Kita perlukan penyerang yang tajam di depan gol.

sumber:- HM

“Bahagian lain saya tengok kita tak ada masalah, cuma untuk menjaringkan gol itu kita agak kekurangan di bahagian itu,” katanya.

Recent Posts

  • sukan

TERKINI : Keputusan aksi Malaysia berdepan Pakistan

 Skuad hoki negara mempamerkan semangat juang yang tinggi untuk bangkit mengikat Pakistan 3-3 dalam perlawanan pembukaan Kumpulan B, Kejohanan Piala… Read More

8 hours ago
  • sukan

TFC akhirnya putuskan nasib Badrul

 Bekas pengendali sementara Terengganu FC (TFC), Badrul Afzan Razali secara rasmi dinaikkan 'pangkat' sebagai ketua jurulatih skuad itu bagi mengharungi… Read More

10 hours ago
  • sukan

Bukit Jalil mungkin jadi saksi Indonesia mara ke Piala Dunia 2026

Pemerhati bola sepak Oman, Issa Saeed, berkongsikan bahawa terdapat lima negara yang berpotensi untuk menjadi tuan rumah bagi perlawanan pusingan… Read More

11 hours ago
  • sukan

Jurulatih bola sepak ditahan cabul dua remaja perempuan

 Seorang jurulatih bola sepak persendirian ditahan polis selepas dipercayai mencabul dua remaja perempuan berusia 13 tahun dalam kejadian berasingan yang… Read More

11 hours ago
  • sukan

Endrick Dos Santos kembali ke Vietnam selepas belasah Vietnam

Selepas membantu Harimau Malaya menjulang kejayaan baru-baru ini, pemain naturalisasi negara, Endrick Dos Santos kembali beraksi untuk kelabnya di Vietnam.… Read More

12 hours ago
  • sukan

TERKINI : JDT sah sambar pemain berstatus bintang

Johor Darul Ta'zim (JDT) hari ini mengumumkan ketibaan pemain penyerang baru yang akan memperkuatkan pasukan itu dari Brazil iaitu Jairo… Read More

12 hours ago