sukan

TERKINI: Keputusan aksi Zii Jia berdepan Popov di Terbuka Artik

Nasib berbeza dialami dua pemain perseorangan lelaki negara apabila Lee Zii Jia melangkah ke pusingan kedua manakala Leong Jun Hao terkandas di pusingan pertama Terbuka Artik di Vantaa, Finland, hari ini.

Zii Jia yang tampil dengan misi mempertahankan gelaran juara dimenangi tahun lalu tidak berdepan masalah menundukkan pemain Perancis, Christo Popov.

Pemain nombor empat dunia itu mempamerkan dominasi dalam kedua-dua set permainan yang menyaksikan dia mencatat kemenangan 21-15, 21-11 dalam tempoh 43 minit di Vantaan Energia Areena.

Ini adalah kemenangan kedua berturut-turut Zii Jia ke atas lawan itu selepas turut menang dalam pertemuan pertama mereka di Terbuka Jerman 2022.

“Zii Jia mara ke pusingan 16 terakhir Terbuka Artik. Ia satu permulaan yang baik,” tulis Team LZJ (Lee Zii Jia) menerusi hantaran di akaun media sosial X selepas tamat perlawanan.

Pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Paris 2024 itu akan bertemu pemenang perlawanan antara wakil China, Lei Lan Xi dengan Yushi Tanaka dari Jepun bagi perebutan tiket ke suku akhir, esok.

Sementara itu, Jun Hao terpaksa pulang awal selepas tewas di tangan pemain Hong Kong, Lee Cheuk Yiu.

Jun Hao berjaya memberi tentangan sengit di set pertama tetapi terpaksa akur tewas 19-21.

Pemain perseorangan kebangsaan itu yang diharapkan bangkit untuk mengheret aksi ke set penentuan bagaimanapun tidak berjaya melakukannya apabila tewas 9-21 sekali gus memberikan tiket kepada Cheuk Yiu untuk ke pusingan kedua.

sumber:- BH

Ini adalah kekalahan kedua berturut-turut Jun Hao ke atas lawan berkenaan selepas turut tewas di pusingan kedua Terbuka Hong Kong, bulan lalu.

Recent Posts

  • sukan

Sejarah Piala Thomas: Perjalanan pertandingan Badminton

Pendahuluan tentang Piala ThomasPiala Thomas merupakan kejohanan badminton antarabangsa yang telah menjadi salah satu acara paling berprestij bagi pemain badminton… Read More

6 hours ago
  • sukan

Sejarah Badminton: Dari Permulaan Hingga Kejayaan Global

Pengenalan kepada BadmintonBadminton ialah sukan yang dimainkan oleh dua atau empat pemain yang menggunakan racket untuk menghantar shuttlecock ke kawasan… Read More

7 hours ago
  • sukan

‘Ketua Kampung Likas’ luah rasa kecewa dengan ayat ‘nanti kita jumpa’

Pemain pertahanan Sabah FC, Park Tae-su yang dikenali dalam kalangan penyokong sebagai 'Ketua Kampung Likas' meluahkan rasa kecewa selepas kontraknya… Read More

11 hours ago
  • sukan

Figueiredo cetus situasi lucu

Penyerang warisan baharu Harimau Malaya, Joao Figueiredo, mencuri tumpuan bukan sekadar kerana jaringan sulungnya dalam kemenangan 4-0 ke atas Vietnam,… Read More

12 hours ago
  • sukan

‘Kami beri seminggu, kalau tidak segalanya didedahkan’

"Kita bagi tempoh seminggu saja bermula hari ini. Kalau tidak, kita akan buat sidang media dan dedahkan segala-galanya yang orang… Read More

12 hours ago
  • sukan

Indra mahu anak tempatan pecahkan rekodnya

Pemegang rekod penjaring terbanyak sepanjang zaman Liga Super, Indra Putra Mahayuddin meluahkan hasrat untuk melihat anak tempatan memecahkan rekodnya itu… Read More

13 hours ago