Erik ten Hag kini menjadi dalang kepada dua permulaan terburuk Manchester United dalam sejarah Liga Perdana Inggeris.
Pengendali dari Belanda itu hanya menang dua daripada tujuh perlawanan pertama liga musim ini, dan kedudukannya di Old Trafford sekali lagi dipersoalkan.
Ketika peminat kelab lain mahu pengendali itu terus kekal berkongsi mata dengan pasukan lain, penyokong setia Man United terpaksa mencari isu selain bola sepak untuk dibincangkan di media sosial.
Anak buah Ten Hag mengutip mata kelapan musim ini selepas seri 0-0 menentang Aston Villa di Villa Park – perlawanan yang turut dihadiri pengurusan United termasuk Jim Ratcliffe dan Dan Ashworth serta bekas pengendali, Alex Ferguson.
Ia adalah rekod terburuk United dalam tujuh perlawanan pertama liga, mengatasi rekod sembilan mata musim lalu – juga di bawah kendalian Ten Hag.
Satu-satunya hujah terbaik mampu diberikan peminat United ialah: “Liga tidak penting, asalkan di hujung musim ada piala.”Ten Hag bagaimanapun yakin pengurusan kelab masih sehaluan dengannya dan dia akan terus memegang jawatan itu walaupun United kini berada di tangga ke-14 liga.
sumber:- BH
“Jika lelaki ini (Ten Hag) masih kekal minggu ini, habislah kita,” kata peminat United lain. – AGENSI
Pemain pertahanan Sabah FC, Park Tae-su yang dikenali dalam kalangan penyokong sebagai 'Ketua Kampung Likas' meluahkan rasa kecewa selepas kontraknya… Read More
Penyerang warisan baharu Harimau Malaya, Joao Figueiredo, mencuri tumpuan bukan sekadar kerana jaringan sulungnya dalam kemenangan 4-0 ke atas Vietnam,… Read More
"Kita bagi tempoh seminggu saja bermula hari ini. Kalau tidak, kita akan buat sidang media dan dedahkan segala-galanya yang orang… Read More
Pemegang rekod penjaring terbanyak sepanjang zaman Liga Super, Indra Putra Mahayuddin meluahkan hasrat untuk melihat anak tempatan memecahkan rekodnya itu… Read More
Pertahanan Kuala Lumpur (KL) City, Giancarlo Gallifuoco, mengakui fenomena Harimau Malaya membangkitkan keterujaannya untuk menjadi sebahagian daripada revolusi baru bola… Read More
Pemain warisan Harimau Malaya, Imanol Machuca meluahkan kegembiraannya selepas membuat penampilan sulung bersama skuad negara di Stadium Nasional, Bukit Jalil,… Read More