sukan

Arif Aiman kini ditangga kedua

Bintang muda Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Hanapi terus mencipta sensasi di pentas Asia apabila meletakkan namanya di kedudukan kedua carta penjaring terbanyak Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) ketika ini.

Pemain kebangsaan itu mengumpul tiga gol dalam dua aksi awal kejohanan itu, satu gol di belakang pemain sayap Gwangju FC, Jasir Asani.

Arif Aiman yang mencetak nama selaku penjaring gol buat JDT dalam pertembungan dengan Shanghai Port FC dan Shanghai Shenhua FC kini menjadi penjaring terbanyak Harimau Selatan dalam kejohanan itu.

Dia menjaringkan kedua-dua gol JDT ketika terikat 2-2 dengan Shanghai Port, 18 September lalu dan meledak gol pembukaan dalam kemenangan 3-0 skuad kendalian Hector Bidoglio ke atas Shanghai Shenhua, semalam.

Bintang berusia 22 tahun itu memberikan impak besar buat Harimau Selatan yang kini berada di kedudukan kedua Zon Timur dengan mengumpul empat mata, dua mata di belakang Gwangju.

sumber:- BH

JDT seterusnya bakal menentang Gwangju di gelanggang lawan pada 22 Oktober depan.

Recent Posts

  • sukan

TERKINI : Keputusan aksi Malaysia berdepan Pakistan

 Skuad hoki negara mempamerkan semangat juang yang tinggi untuk bangkit mengikat Pakistan 3-3 dalam perlawanan pembukaan Kumpulan B, Kejohanan Piala… Read More

9 hours ago
  • sukan

TFC akhirnya putuskan nasib Badrul

 Bekas pengendali sementara Terengganu FC (TFC), Badrul Afzan Razali secara rasmi dinaikkan 'pangkat' sebagai ketua jurulatih skuad itu bagi mengharungi… Read More

10 hours ago
  • sukan

Bukit Jalil mungkin jadi saksi Indonesia mara ke Piala Dunia 2026

Pemerhati bola sepak Oman, Issa Saeed, berkongsikan bahawa terdapat lima negara yang berpotensi untuk menjadi tuan rumah bagi perlawanan pusingan… Read More

11 hours ago
  • sukan

Jurulatih bola sepak ditahan cabul dua remaja perempuan

 Seorang jurulatih bola sepak persendirian ditahan polis selepas dipercayai mencabul dua remaja perempuan berusia 13 tahun dalam kejadian berasingan yang… Read More

12 hours ago
  • sukan

Endrick Dos Santos kembali ke Vietnam selepas belasah Vietnam

Selepas membantu Harimau Malaya menjulang kejayaan baru-baru ini, pemain naturalisasi negara, Endrick Dos Santos kembali beraksi untuk kelabnya di Vietnam.… Read More

12 hours ago
  • sukan

TERKINI : JDT sah sambar pemain berstatus bintang

Johor Darul Ta'zim (JDT) hari ini mengumumkan ketibaan pemain penyerang baru yang akan memperkuatkan pasukan itu dari Brazil iaitu Jairo… Read More

13 hours ago