Beregu lelaki negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun, melakar kejutan selepas menewaskan beregu nombor tiga dunia dari Korea Selatan, Kang Min Hyuk-Seo Seung Jae, dalam aksi straight set 21-18-21-19, untuk mara ke pusingan suku akhir Super 1000 Terbuka China, sebentar
Sementara itu, Beregu campuran negara, Hoo Pang Ron-Chen Su Yin meneruskan momentum rentak kemenangan apabila mara ke suku akhir Terbuka China 2024, pagi tadi.
Beregu No. 32 dunia itu mudah menewaskan rakan senegara, Yap Roy King-Valeree Siow menerusi kemenangan straight set 21-9, 21-15 dalam tempoh 24 minit.
Pang Ron-Su Yin bakal bertemu dengan Dejan Ferdinansyah-Gloria Widjaja pada aksi suku akhir esok.
Sementara itu, kem badminton Malaysia dilanda kekecewaan apabila tiga beregu negara terkandas di psuingan kedua, sebentar tadi.
Chen Tang Jie-Toh Ee Wei gagal menyaingi pasangan Indonesia, Dejan-Gloria pada pertemuan sulung mereka selepas tewas 21-15 13-21 21-9 dalam perlawanan yang berlangsung hampir sejam.
Turut tersingkir pasangan profesional campuran negara, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing tewas mengejut kepada beregu ‘kerdil’ dari Denmark.
Beregu No. 17 dunia itu terpaksa berpuas hati dengan kekalahan straight set 21-18 21-18 kepada Jesper Toft-Amalie Magelund dalam masa 36 minit.
Dalam pada itu, juara Terbuka Hong Kong 2024, Pearly Tan-M. Thinaah gagal untuk merebut gelaran kejohanan berstatus Super 1000 selepas tewas kepada gandingan tuan rumah.
Pasangan No. 8 dunia itu terpaksa tunduk kepada Li Yi Jing-Luo Xu Min menerusi kekalahan straight set 21-16, 21-18 dalam tempoh 40 minit
Pemain warisan Harimau Malaya, Imanol Machuca meluahkan kegembiraannya selepas membuat penampilan sulung bersama skuad negara di Stadium Nasional, Bukit Jalil,… Read More
Bekas jurulatih skuad muda Vietnam, Hoang Anh Tuan, berpandangan pemain warisan yang turun memperkuatkan Harimau Malaya sebelum ini 'masih belum… Read More
KETUA jurulatih skuad Harimau Malaya, Peter Cklamovski mendedahkan pihak pengurusan ada ‘kejutan’ menarik bagi melengkapkan jadual antarabangsa buat pasukan kebangsaan… Read More
Media Sepanyol, Estadio Deportivo, melaporkan pemain muda berpotensi besar Athletic Bilbao, Mikel Jauregizar, berkemungkinan memiliki pertalian darah dan boleh mewakili… Read More
Tonggak baharu warisan negara meluahkan keazaman untuk terus berjuang bersama skuad Harimau Malaya dalam misi meraih tiket ke Piala Asia… Read More
Rodrigo Holgado mungkin tidak lahir di Malaysia tetapi tiada siapa boleh menyangkal dia sememangnya berjiwa Malaysia, lebih-lebih lagi atas segala… Read More