Pemain perseorangan negara, Lee Zii Jia, tersingkir di pusingan pertama Terbuka China, sebentar tadi.
Lee Zii Jia kembali ke gelanggang buat pertama sekali sejak Terbuka Jepun di mana dia tewas kepada pemain muda Perancis, Alex Ranier.
Mengambil keputusan untuk tidak mengambil bahagian dalam Terbuka Korea Selatan, Zii Jia kembali ke Terbuka China dengan misi memburu gelaran.
Bertemu Koki Watanabe dari Jepun, Zii Jia mengintai peluang memperbaiki rekod pertemuan yang memihak lawannya apabila merekodkan satu kemenangan daripada satu pertemuan.
Kedua-dua pemain bermula garang sejak awal, saling mengutip mata demi mata sehingga terikat 13-13.
Bagaimanapun, Watanabe meningkatkan gear dalam permainannya apabila menghasilkan deretan pukulan berkualiti sebelum menoktahkan kemenangan 21-15.
Pemain perseorangan Jepun itu ternyata mendapat tonik hasil kemenangan di set pertama apabila terus melangkah ke hadapan dalam set kedua apabila mendahului Zii Jia 6-0.
Dengan pukulan sering keluar gelanggang, manakala gerakan yang kurang menjadi menyaksikan Zii Jia bergelut sehingga ketinggalan dengan 11 mata tanpa balas.
sumber:- stadium astro
Zii Jia yang terus bergelut mencari rentak terpaksa akur dengan kekalahan 21-2 sekaligus tersingkir awal daripada saingan Terbuka China.
Pendahuluan tentang Piala ThomasPiala Thomas merupakan kejohanan badminton antarabangsa yang telah menjadi salah satu acara paling berprestij bagi pemain badminton… Read More
Pengenalan kepada BadmintonBadminton ialah sukan yang dimainkan oleh dua atau empat pemain yang menggunakan racket untuk menghantar shuttlecock ke kawasan… Read More
Pemain pertahanan Sabah FC, Park Tae-su yang dikenali dalam kalangan penyokong sebagai 'Ketua Kampung Likas' meluahkan rasa kecewa selepas kontraknya… Read More
Penyerang warisan baharu Harimau Malaya, Joao Figueiredo, mencuri tumpuan bukan sekadar kerana jaringan sulungnya dalam kemenangan 4-0 ke atas Vietnam,… Read More
"Kita bagi tempoh seminggu saja bermula hari ini. Kalau tidak, kita akan buat sidang media dan dedahkan segala-galanya yang orang… Read More
Pemegang rekod penjaring terbanyak sepanjang zaman Liga Super, Indra Putra Mahayuddin meluahkan hasrat untuk melihat anak tempatan memecahkan rekodnya itu… Read More