sukan

Kedah makin parah

Kemelut dalaman membabitkan pasukan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) makin meruncing apabila difahamkan barisan pemain memboikot sesi latihan sejak kelmarin.

Tindakan memulau sesi latihan diambil sebagai isyarat kepada pihak pengurusan kelab atas kegagalan membayar gaji pemain sejak awal musim ini.

Sumber memaklumkan, barisan pemain amat terdesak dan mahu isu tunggakan gaji itu diselesaikan segera.

“Betul sesi latihan tak ada sebab pemain tak datang latihan. Pemain harap gaji mereka dibayar. Tak ada duit macam mana nak turun berlatih,” kata sumber.

Semalam, media tempatan melaporkan situasi semasa membabitkan KDA FC saling tak tumpah dengan isu dihadapi Kuala Lumpur City FC (KL City) apabila pemain tidak menerima gaji sejak awal tahun ini.

Menurut sumber, sebahagian pemain termasuk skuad bawahan masih tidak menerima gaji, malah difahamkan potongan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) turut sangkut sejak tahun lalu.

Dakwaan tunggakan gaji membabitkan KDA FC ini turut dikuatkan dengan perkongsian luahan hati pertahanan tengah, Irfan Zakaria yang mengakui ‘merindui’ gaji yang sudah lama tidak diterimanya.

Di Instagram Story miliknya, Irfan berkongsi satu video pendek yang menanyakan tentang gaji.

“Rindunya dekat gaji. Apa khabar agaknya beliau. Sihat ke? Sakit ke?,” kongsi bekas pemain kebangsaan dan KL City itu.

sumber:- BH

Untuk rekod, pada bulan lalu pemilik KDA FC, Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar mengesahkan pemain Kedah kini ditekan masalah di luar padang, namun beliau tidak menjelaskan secara terperinci masalah dihadapi.

Recent Posts

  • sukan

Malam yang sukar untuk dilupakan

Pemain warisan Harimau Malaya, Imanol Machuca meluahkan kegembiraannya selepas membuat penampilan sulung bersama skuad negara di Stadium Nasional, Bukit Jalil,… Read More

2 hours ago
  • sukan

Bekas jurulatih Vietnam perlekeh pemain warisan Malaysia

Bekas jurulatih skuad muda Vietnam, Hoang Anh Tuan, berpandangan pemain warisan yang turun memperkuatkan Harimau Malaya sebelum ini 'masih belum… Read More

2 hours ago
  • sukan

Maaf Indonesia, Harimau Malaya ada perancangan lebih baik

KETUA jurulatih skuad Harimau Malaya, Peter Cklamovski mendedahkan pihak pengurusan ada ‘kejutan’ menarik bagi melengkapkan jadual antarabangsa buat pasukan kebangsaan… Read More

4 hours ago
  • sukan

Thailand umum kejutan harga pemain muda warisan baharu Malaysia

Media Sepanyol, Estadio Deportivo, melaporkan pemain muda berpotensi besar Athletic Bilbao, Mikel Jauregizar, berkemungkinan memiliki pertalian darah dan boleh mewakili… Read More

4 hours ago
  • sukan

Lima tonggak warisan pertahan Jersi Malaysia sehingga ke penghujung

Tonggak baharu warisan negara meluahkan keazaman untuk terus berjuang bersama skuad Harimau Malaya dalam misi meraih tiket ke Piala Asia… Read More

5 hours ago
  • sukan

“Bangga dengan kamu anakku” — Holgado

Rodrigo Holgado mungkin tidak lahir di Malaysia tetapi tiada siapa boleh menyangkal dia sememangnya berjiwa Malaysia, lebih-lebih lagi atas segala… Read More

6 hours ago