sukan

JDT mudah ‘baham’ kelab Thailand

SKUAD Johor Darul Ta’zim (JDT) menewaskan kelab Thailand, Port FC, 3-1 pada aksi persahabatan antarabangsa di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri malam tadi.

JDT bermula baik sejurus wisel permulaan menerusi beberapa asakan menarik ke kubu pelawat dalam usaha membuka jaringan.

Bagaimanapun, skuad Harimau Selatan itu perlu menunggu hingga minit ke-14 untuk meledak gol pertama perlawanan menerusi rembatan leret Oscar Arribas.

Tersentak dengan gol itu, kesebelasan Port FC mula mengatur asakan ke kubu pelawat bagi menyamakan kedudukan.Namun segala asakan yang diatur skuad Port Lions itu berjaya dikekang benteng pertahanan JDT.

Malah, kesempatan itu turut dimanfaatkan kesebelasan Harimau Selatan bagi melancarkan serangan balas ke gawang pelawat.Peluang terbaik JDT untuk menambah jaringan tiba pada masa kecederaan babak pertama, namun rembatan penyerang, Jorge Leonardo berjaya diselamatkan penjaga gol pelawat untuk keputusan 1-0 memihak JDT kekal hingga tamat babak pertama.

Bersambung babak kedua, JDT semakin menggandakan asakan dalam usaha menambah jaringan.Asakan-asakan berkenaan akhirnya membuahkan hasil apabila Jorge Leonardo tenang merembat untuk gol kedua pada minit ke-57.

Begitupun hasil satu serangan balas, Port FC hampir menjaringkan gol menerusi penyerang gantian, Lonsana Doumbouya pada minit ke-71, namun penjaga gol JDT, Christian Abad Amat terlebih dahulu meluru keluar bagi mengekang asakan tersebut.

Usaha, Port FC merapatkan jurang akhirnya tertunai menerusi jaringan Willen Mota pada minit ke-80.

Bagaimanapun Jorge Leonardo sekali lagi membuktikan kewibawaannya selaku penjaring apabila menjaringkan gol ketiga pasukan yang juga gol kedua peribadinya pada masa kecederaan.

sumber:- SH

Penghujung perlawanan menyaksikan tiada tambahan jaringan dilakukan kedua-dua pasukan sekali gus menyaksikan keputusan 3-1 memihak JDT kekal ke wisel penamat.

Recent Posts

  • sukan

Sejarah Piala Thomas: Perjalanan pertandingan Badminton

Pendahuluan tentang Piala ThomasPiala Thomas merupakan kejohanan badminton antarabangsa yang telah menjadi salah satu acara paling berprestij bagi pemain badminton… Read More

9 minutes ago
  • sukan

Sejarah Badminton: Dari Permulaan Hingga Kejayaan Global

Pengenalan kepada BadmintonBadminton ialah sukan yang dimainkan oleh dua atau empat pemain yang menggunakan racket untuk menghantar shuttlecock ke kawasan… Read More

19 minutes ago
  • sukan

‘Ketua Kampung Likas’ luah rasa kecewa dengan ayat ‘nanti kita jumpa’

Pemain pertahanan Sabah FC, Park Tae-su yang dikenali dalam kalangan penyokong sebagai 'Ketua Kampung Likas' meluahkan rasa kecewa selepas kontraknya… Read More

4 hours ago
  • sukan

Figueiredo cetus situasi lucu

Penyerang warisan baharu Harimau Malaya, Joao Figueiredo, mencuri tumpuan bukan sekadar kerana jaringan sulungnya dalam kemenangan 4-0 ke atas Vietnam,… Read More

6 hours ago
  • sukan

‘Kami beri seminggu, kalau tidak segalanya didedahkan’

"Kita bagi tempoh seminggu saja bermula hari ini. Kalau tidak, kita akan buat sidang media dan dedahkan segala-galanya yang orang… Read More

6 hours ago
  • sukan

Indra mahu anak tempatan pecahkan rekodnya

Pemegang rekod penjaring terbanyak sepanjang zaman Liga Super, Indra Putra Mahayuddin meluahkan hasrat untuk melihat anak tempatan memecahkan rekodnya itu… Read More

7 hours ago