Persaraan dilihat sebagai pilihan terbaik buat Datuk Azizulhasni Awang walaupun masih ada yang mengharapkan jaguh berbasikal trek negara itu meneruskan karier sebagai pelumba.
Usia menjadi faktor utama apatah lagi sekiranya Azizulhasni membuat keputusan untuk kekal berlumba sehingga Olimpik Los Angeles 2028, umurnya pada ketika itu sudah menjangkau 40 tahun.
Bukan menafikan kekuatan fizikal mahu pun mentaliti dimiliki jaguh berusia 36 tahun itu namun rata-rata berpendapat sudah tiba masanya untuk Azizulhasni membuat keputusan bijaksana mengenai kariernya.
Legenda berbasikal lebuh raya negara, Nor Effandy Rosli berkata, dia secara peribadi tidak mengesyorkan Azizulhasni meneruskan kariernya biarpun mengakui pemenang pingat perak di Tokyo 2020 dan gangsa di Rio 2016 itu mempunyai semangat yang sangat luar biasa.
“Bagi masa dengan keluarga. Memang kita akui kita kuat, tapi sampai bila nak duduk di atas, mungkin masa untuk kita sudah habis. Bagi peluang pada orang lain tetapi curahkan ilmu pada orang baharu, bagi saya itu yang sebaiknya.
“Dulu ketika umur 38 tahun, saya masih menyertai LTdL (Le Tour de Langkawi), pemilihan dalam Malaysia saya menang tetapi bila berlumba, saya ‘habis’ sebab saya sudah tepu, had saya sampai situ sahaja.
“Untuk berhenti (bersara) bukan mudah… bangun pagi basikal, petang pun basikal tetapi kena terima hakikat umur kita sudah meningkat. Bagi saya, cukuplah dan kita berhenti secara baik,” katanya yang juga pemenang perak di Sukan Komanwel Kuala Lumpur 1998.
Terdahulu, Azizulhasni yang disandarkan harapan untuk menamatkan penantian emas negara pada temasya terulung dunia itu ditimpa nasib malang selepas disingkirkan seawal saringan pertama acara keirin lelaki di Velodrom Saint Quentin, Sabtu lalu.
Penyertaan pemenang pingat perak Sukan Olimpik Tokyo 2020 dibatalkan selepas didapati memotong derny (basikal elektrik bertindak sebagai pacer) sebelum derny meninggalkan trek sekali gus memaksa perlumbaan dimulakan semula tanpa penyertaan Azizulhasni.
Beliau yang mengumumkan perlumbaan di Paris itu adalah kayuhan terakhirnya sebelum bersara bagaimanapun memberi bayangan sedia mempertimbangkan semula keputusan itu sejurus tiba di tanah air kelmarin.
Dalam pada itu, pemerhati sukan, Datuk Dr Pekan Ramli turut senada, supaya Azizulhasni atau dikenali dengan julukan The Pocket Rocketman itu membuat keputusan dengan bijaksana.
“Kita tahu dan cukup berterima kasih kepada beliau dengan sumbangan diberikannya. Tambah pula berlaku kekecewaan di Olimpik Paris, sudah pasti banyak kekecewaan terutama dalam diri Azizulhasni sendiri.
“Sebagai atlet, mesti beliau rasa nak tebus kehampaan berkenaan tetapi secara asasnya, dengan usia dia sendiri, ditambah pula empat tahun lagi… kita tak boleh paksa tetapi harap dia fikir semasak-masanya.
“Buatlah keputusan bijaksana dalam hal ini dan kita tak boleh memikirkan diri kita sahaja, kena fikirkan untuk orang lain juga, untuk negara juga. Kita tak paksa beliau nak sampai empat tahun lagi untuk ke Olimpik, sumbangkan emas atau beliau sendiri yakin untuk emas itu.
“Tapi dia kena fikir secara masak-masak, bijaksana… adakah itu satu keputusan tepat. Kadang-kadang keputusan itu baik untuk kita tetapi tak baik untuk orang lain atau mungkin di masa akan datang ada pelapis yang perlu disediakan.
sumber:- BH
“Itu kena tengok balik semula, bukan minta dia bersara atau tak bagi beliau teruskan hasratnya tetapi dia sendiri kena buat keputusan, buat keputusan bijaksana,” kata Pekan.
Pemain pertahanan Sabah FC, Park Tae-su yang dikenali dalam kalangan penyokong sebagai 'Ketua Kampung Likas' meluahkan rasa kecewa selepas kontraknya… Read More
Penyerang warisan baharu Harimau Malaya, Joao Figueiredo, mencuri tumpuan bukan sekadar kerana jaringan sulungnya dalam kemenangan 4-0 ke atas Vietnam,… Read More
"Kita bagi tempoh seminggu saja bermula hari ini. Kalau tidak, kita akan buat sidang media dan dedahkan segala-galanya yang orang… Read More
Pemegang rekod penjaring terbanyak sepanjang zaman Liga Super, Indra Putra Mahayuddin meluahkan hasrat untuk melihat anak tempatan memecahkan rekodnya itu… Read More
Pertahanan Kuala Lumpur (KL) City, Giancarlo Gallifuoco, mengakui fenomena Harimau Malaya membangkitkan keterujaannya untuk menjadi sebahagian daripada revolusi baru bola… Read More
Pemain warisan Harimau Malaya, Imanol Machuca meluahkan kegembiraannya selepas membuat penampilan sulung bersama skuad negara di Stadium Nasional, Bukit Jalil,… Read More