sukan

Kondominium mewah menanti pemenang emas

Gimnas Filipina, Carlos Yulo bukan saja memenangi dua pingat emas di Olimpik Paris, tetapi turut menerima ganjaran sebuah kondominium dua bilik berkelengkapan penuh di negara asalnya.

Yulo, 24, melakar sejarah sebagai atlet lelaki Filipina pertama memenangi emas Olimpik apabila mengungguli acara senam lantai pada 3 Ogos, dan emas keduanya dalam acara melombol pada hari berikutnya.

Dia adalah atlet Filipina kedua meraih emas Olimpik selepas Hidilyn Diaz memenangi emas angkat berat di Olimpik Tokyo pada tahun 2021.

Pada 1 Ogos, syarikat perumahan FIlipina, Megaworld mengumumkan akan memberikan Olimpian negara itu kondominium di McKinley Hill yang berharga 24 juta peso (RM1.85 juta) jika berjaya membawa pulang pingat emas. Hanya Yulo yang mengutip pingat untuk Filipina di Paris setakat ini.

sumber:- BH

Selain kondo, kerajaan Filipina juga akan memberikan imbuhan 10 juta peso (RM771,855) kepada Yulo. Gimnas itu juga akan menerima ganjaran daripada beberapa syarikat lain berupa wang tunai dan barangan. – AGENSI

Recent Posts

  • sukan

Malam yang sukar untuk dilupakan

Pemain warisan Harimau Malaya, Imanol Machuca meluahkan kegembiraannya selepas membuat penampilan sulung bersama skuad negara di Stadium Nasional, Bukit Jalil,… Read More

37 minutes ago
  • sukan

Bekas jurulatih Vietnam perlekeh pemain warisan Malaysia

Bekas jurulatih skuad muda Vietnam, Hoang Anh Tuan, berpandangan pemain warisan yang turun memperkuatkan Harimau Malaya sebelum ini 'masih belum… Read More

1 hour ago
  • sukan

Maaf Indonesia, Harimau Malaya ada perancangan lebih baik

KETUA jurulatih skuad Harimau Malaya, Peter Cklamovski mendedahkan pihak pengurusan ada ‘kejutan’ menarik bagi melengkapkan jadual antarabangsa buat pasukan kebangsaan… Read More

3 hours ago
  • sukan

Thailand umum kejutan harga pemain muda warisan baharu Malaysia

Media Sepanyol, Estadio Deportivo, melaporkan pemain muda berpotensi besar Athletic Bilbao, Mikel Jauregizar, berkemungkinan memiliki pertalian darah dan boleh mewakili… Read More

3 hours ago
  • sukan

Lima tonggak warisan pertahan Jersi Malaysia sehingga ke penghujung

Tonggak baharu warisan negara meluahkan keazaman untuk terus berjuang bersama skuad Harimau Malaya dalam misi meraih tiket ke Piala Asia… Read More

4 hours ago
  • sukan

“Bangga dengan kamu anakku” — Holgado

Rodrigo Holgado mungkin tidak lahir di Malaysia tetapi tiada siapa boleh menyangkal dia sememangnya berjiwa Malaysia, lebih-lebih lagi atas segala… Read More

5 hours ago