sukan

Komen Zii Jia selepas julang kejuaraan pertama musim ini

Gelaran di Terbuka Thailand 2024 diraih pemain perseorangan profesional lelaki negara, Lee Zii Jia bakal menjadi bekalannya untuk mengharungi Masters Malaysia 2024 yang dijadual berlangsung di Arena Axiata, Selasa ini.

Zii Jia yang merekodkan gelaran di Thailand buat kali kedua selepas muncul juara pada 2022 berkata, kemenangan pertamanya bagi musim 2024 itu sudah tentunya akan meningkatkan keyakinannya bagi mengharungi Masters Malaysia di laman sendiri.

Sejak tiga musim kebelakangan, Masters Malaysia yang bertaraf Super 500 itu tidak pernah menyajikan keputusan menyebelahi Zii Jia dengan pada tahun lalu, pemain berusia 26 tahun itu tersingkir seawal pusingan kedua di tangan pemain Taiwan, Lin Chun-Yi.

Zii Jia tidak menyertai kejohanan itu pada 2022 namun pada 2020 menyaksikan dirinya berjaya mara ke separuh akhir sebelum tewas di tangan pemain Jepun yang muncul juara pada ketika itu, Kento Momota.

“Ia (gelaran di Thailand) akan meningkatkan keyakinan saya, kejohanan seterusnya di laman sendiri jadi saya harap akan dapat kekalkan momentum dan keyakinan ini,” kata Zii Jia kepada BWF, hari ini.

Zii Jia yang berada di ranking ke-10 dunia meraih kejuaraan pertamanya musim ini di Terbuka Thailand selepas menewaskan jaguh Hong Kong, Ng Ka Long Angus 21-11, 21-10 dalam tempoh 34 minit.

sumber:- BH

“Saya fikir ia adalah prestasi terbaik setakat ini terutamanya untuk musim ini. Dari pusingan pertama sehingga final, saingan agak sengit dan sudah tentunya gelaran ini memberi banyak makna buat diri saya,” katanya.

Recent Posts

  • sukan

Maaf Indonesia, Harimau Malaya ada perancangan lebih baik

KETUA jurulatih skuad Harimau Malaya, Peter Cklamovski mendedahkan pihak pengurusan ada ‘kejutan’ menarik bagi melengkapkan jadual antarabangsa buat pasukan kebangsaan… Read More

26 minutes ago
  • sukan

Thailand umum kejutan harga pemain muda warisan baharu Malaysia

Media Sepanyol, Estadio Deportivo, melaporkan pemain muda berpotensi besar Athletic Bilbao, Mikel Jauregizar, berkemungkinan memiliki pertalian darah dan boleh mewakili… Read More

37 minutes ago
  • sukan

Lima tonggak warisan pertahan Jersi Malaysia sehingga ke penghujung

Tonggak baharu warisan negara meluahkan keazaman untuk terus berjuang bersama skuad Harimau Malaya dalam misi meraih tiket ke Piala Asia… Read More

59 minutes ago
  • sukan

“Bangga dengan kamu anakku” — Holgado

Rodrigo Holgado mungkin tidak lahir di Malaysia tetapi tiada siapa boleh menyangkal dia sememangnya berjiwa Malaysia, lebih-lebih lagi atas segala… Read More

2 hours ago
  • sukan

TERKINI: Azeem Fahmi cipta sensasi muncul Juara NCAA

PELARI pecut negara, Muhammad Azeem Mohd Fahmi mencipta sensasi apabila membantu kuartet Universiti Auburn untuk menjuarai acara 4x100 meter berganti-ganti… Read More

3 hours ago
  • sukan

Facundo Garces membuat hantaran media sosial pertama mengenai Malaysia

Bek tengah Harimau Malaya, Facundo Garces, membuat hantaran media sosial pertamanya mengenai Malaysia sebentar tadi. Sejak disahkan sebagai pemain kebangsaan… Read More

3 hours ago