Sebanyak RM1.7 juta diperuntukkan untuk menaik taraf Stadium Darul Makmur termasuk pertukaran rumput daripada jenis Cow Grass kepada Bermuda.
Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi dan Multimedia, Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan Pahang, Fadzli Mohamad Kamal menjelaskan jumlah itu merangkumi RM1.7 juta daripada kerajaan negeri, manakala RM500,000 geran Kementerian Belia dan Sukan (KBS).
“Insya-Allah rumput padang Stadium Darul Makmur akan dinaik taraf daripada rumput ‘Cow Grass’ kepada rumput ‘Bermuda’. Kerja penggantian rumput ini akan dilaksana bersama kerja menaik taraf sistem aliran padang.
“Usaha ini penting kerana Stadium Darul Makmur adalah mercu tanda ikonik bagi negeri ini (Pahang). Usaha pemodenan ini akan berterusan dengan pelbagai inisiatif lagi,” katanya.
Fadzli berkata demikian ketika sesi penggulungan pada Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang di Wisma Sri Pahang, di sini, hari ini.
Pada masa sama, beliau berterima kasih kepada Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail kerana melulus dan menyalurkan bantuan kewangan berjumlah RM2.4 juta bagi memodenkan Stadium Darul Makmur tahun lalu.
“Justeru, banyak pembaharuan dilakukan antaranya wajah baharu bangunan stadium, tandas dan surau yang dinaik taraf, landskap perkarangan stadium yang semakin menarik dan pelbagai lagi,” katanya.
sumber:- BH
Berikutan Stadium Darul Makmur akan dinaik taraf, pasukan Sri Pahang FC akan menggunakan Stadium Majlis Perbandaran Temerloh sebagai gelanggang rasmi skuad itu bagi menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim 2024-2025.
Skuad kebangsaan China dilaporkan bersedia untuk memburu khidmat bekas ketua jurulatih Indonesia, Shin Tae-yong. Perkembangan ini hadir ketika pasukan kebangsaan… Read More
PEMPENGARUH media sosial, DMA Islam meluahkan rasa kecewa apabila pertarungan tinju menentang Abang Koroy sempena Hari Sukan Negara 2025 (HSN2025)… Read More
Imigresen dilaporkan sedang dalam proses mendapatkan enam pemain yang pernah menyarung jersi Harimau Malaya bagi menghadapi saingan Liga Super musim… Read More
MANCHESTER United dinasihatkan agar tidak membazir wang untuk mencari pengganti Andre Onana. Nasihat ini datang daripada seorang legenda kelab yang… Read More
Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) mengesahkan bahawa Persatuan Bolasepak Qatar dan Persekutuan Bolasepak Arab Saudi akan bertindak sebagai tuan rumah… Read More
Vietnam dilaporkan telah menolak pelawaan untuk menyertai Kejohanan Bolasepak King's Cup di Thailand pada September depan. Naga Emas dipelawa untuk… Read More