sukan

Pan Gon sudah kaji sebaik mungkin

PASUKAN bola sepak negara telah mengkaji setiap karakter pemain Oman yang akan ditentang dalam perlawanan Kumpulan D Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 di Kompleks Sukan Sultan Qaboos, Muscat, awal pagi Jumaat.

Malah, pengendali Harimau Malaya, Kim Pan-gon percaya kehadiran ketua jurulatih baharu Oman, Jaroslav Silhavy juga tidak menjejaskan tumpuan pendahulu Kumpulan D tersebut berdepan Samba Al-Khaleej.

Tegas pengendali kelahiran Korea Selatan itu juga bukan penghalang buat Harimau Malaya biarpun mengakui walaupun sukar untuk meramalkan pendekatan taktikal pasukan Oman susulan perubahan tersebut.

“Kami sebenarnya telah banyak mengkaji perlawanan mereka sebelum ini sehingga Piala Asia, kami sangat yakin mengetahui semua elemen pasukan Oman.

“Ya, kami juga tahu jurulatih baharu Oman baru tiba dan kami tidak mempunyai banyak maklumat, tetapi kami akan mencuba terbaik dapat semua ciri-ciri gaya permainannya.

“Kami tahu semua ciri pemain individu, saya fikir dalam 10 minit bermain dalam permainan, kami boleh mengetahui elemennya,” katanya dalam sidang akhbar di Oman, malam ini.

Pada masa sama, Pan-gon mengakui kedudukan Harimau Malaya di tangga teratas Kumpulan D turut memberi tonik tambahan untuk bersaing menentang negara Timur Tengah itu.

Biarpun begitu, Pan-gon mengingatkan pemain-pemainnya tidak seharusnya mengambil mudah kerana Oman mempunyai rangkaian jentera serangan berintensiti tinggi.

sumber:- SH

“Kami mesti kekal di tangga teratas, dan mesti sedar kami masih belum menewaskan Oman lagi, dua perlawanan ini amat penting. Kami tahu Oman sebuah pasukan secara tradisi yang kuat dalam menyerang, kami mesti menghormati Oman sepenuhnya,” ujarnya.

Recent Posts

  • sukan

Figueiredo cetus situasi lucu

Penyerang warisan baharu Harimau Malaya, Joao Figueiredo, mencuri tumpuan bukan sekadar kerana jaringan sulungnya dalam kemenangan 4-0 ke atas Vietnam,… Read More

1 hour ago
  • sukan

‘Kami beri seminggu, kalau tidak segalanya didedahkan’

"Kita bagi tempoh seminggu saja bermula hari ini. Kalau tidak, kita akan buat sidang media dan dedahkan segala-galanya yang orang… Read More

1 hour ago
  • sukan

Indra mahu anak tempatan pecahkan rekodnya

Pemegang rekod penjaring terbanyak sepanjang zaman Liga Super, Indra Putra Mahayuddin meluahkan hasrat untuk melihat anak tempatan memecahkan rekodnya itu… Read More

2 hours ago
  • sukan

Fenomena Luar Biasa — bakal naturalisasi

Pertahanan Kuala Lumpur (KL) City, Giancarlo Gallifuoco, mengakui fenomena Harimau Malaya membangkitkan keterujaannya untuk menjadi sebahagian daripada revolusi baru bola… Read More

2 hours ago
  • sukan

Malam yang sukar untuk dilupakan

Pemain warisan Harimau Malaya, Imanol Machuca meluahkan kegembiraannya selepas membuat penampilan sulung bersama skuad negara di Stadium Nasional, Bukit Jalil,… Read More

5 hours ago
  • sukan

Bekas jurulatih Vietnam perlekeh pemain warisan Malaysia

Bekas jurulatih skuad muda Vietnam, Hoang Anh Tuan, berpandangan pemain warisan yang turun memperkuatkan Harimau Malaya sebelum ini 'masih belum… Read More

6 hours ago