Sekalipun pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) baru menyertai pasukan kelmarin, rentak dan keserasian skuad Harimau Malaya bagi dua perlawanan berdepan Oman diyakini tidak akan terjejas.
Keyakinan itu disuarakan penyerang kebangsaan, Darren Lok yang melihat dia tidak risau sekalipun pemain dari skuad Harimau Selatan menjalani kem latihan pusat lebih singkat berbanding kelompok pertama yang sudahpun bersama pasukan sejak minggu lalu.
“Itu bukanlah satu kerisauan kerana kita tahu pemain JDT mendapat ‘match fitness’ bersama pasukan mereka. Tambahan pula, ada antara mereka yang sudah lama bersama skuad kebangsaan.
“Jadi mereka tahu apa yang dijangkakan apabila berada bersama skuad kebangsaan. Kami pun sudah beraksi bersama dan kami tahu keadaan mereka. Jadi ini bukanlah satu kebimbangan,” kata Darren.
Sebagai rekod, sembilan pemain JDT dipanggil untuk aksi berdepan Oman bagi Kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027 iaitu Ahmad Syihan Hazmi, Matt Davies, La’Vere Corbing Ong, Endrick dos Santos dan Arif Aiman Hanapi.
Empat lagi pemain adalah Shahrul Saad, Syamer Kutty Abba, Junior Eldstal dan juga penyerang baharu pasukan itu, Romel Morales.Skuad negara baru berdepan perlawanan latihan secara tertutup menentang Nepal, malam tadi dengan skuad bimbingan Kim Pan Gon berjaya meraih kemenangan besar 5-1 dalam aksi selama 140 minit di Stadium UiTM Shah Alam.
Darren berjaya meledak dua gol pada perlawanan terbabit, satu menerusi sepakan penalti pada minit ke-31 disusuli gol kedua empat minit berselang diikuti gol ketiga dari Stuart Wilkin.
sumber:- BH
Daniel Ting dan Mukhairi Ajmal Mahadi turut mencetak nama selaku penjaring pada minit ke-48 dan minit ke-135 dan jaringan saguhati Nepal disumbangkan Sameer Tamang (m-68).
Pemain warisan Harimau Malaya, Imanol Machuca meluahkan kegembiraannya selepas membuat penampilan sulung bersama skuad negara di Stadium Nasional, Bukit Jalil,… Read More
Bekas jurulatih skuad muda Vietnam, Hoang Anh Tuan, berpandangan pemain warisan yang turun memperkuatkan Harimau Malaya sebelum ini 'masih belum… Read More
KETUA jurulatih skuad Harimau Malaya, Peter Cklamovski mendedahkan pihak pengurusan ada ‘kejutan’ menarik bagi melengkapkan jadual antarabangsa buat pasukan kebangsaan… Read More
Media Sepanyol, Estadio Deportivo, melaporkan pemain muda berpotensi besar Athletic Bilbao, Mikel Jauregizar, berkemungkinan memiliki pertalian darah dan boleh mewakili… Read More
Tonggak baharu warisan negara meluahkan keazaman untuk terus berjuang bersama skuad Harimau Malaya dalam misi meraih tiket ke Piala Asia… Read More
Rodrigo Holgado mungkin tidak lahir di Malaysia tetapi tiada siapa boleh menyangkal dia sememangnya berjiwa Malaysia, lebih-lebih lagi atas segala… Read More