sukan

Kedah masih belum selamat

Dua pasukan Liga Super, Kedah Darul Aman (KDA FC) dan KL City FC kini memiliki tempoh kurang sebulan bagi menyelesaikan pembayaran tunggakan gaji pemain dan pegawai menerusi ‘ihsan’ terbaru Liga Bolasepak Malaysia (MFL).

Badan pengendali itu kini memberikan ‘talian hayat’ buat kedua-dua pasukan itu untuk melunaskan tunggakan gaji pemain dan pegawai mereka secara berperingkat dan mereka perlu berusaha menyelesaikan perkara berkenaan sebelum 29 Mac ini.

Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Datuk Stuart Ramalingam menjelaskan kedua-dua pasukan itu bakal berdepan hukuman sekiranya gagal menyelesaikan perkara terbabit seperti yang dinyatakan.

“KDA FC dan KL City diarahkan untuk membuat pembayaran pertama sebanyak 50 peratus pada atau sebelum 15 Mac 2024 dan penyelesaian penuh pada atau sebelum 29 Mac 2024.

“Kegagalan untuk membuat pembayaran seperti tarikh yang ditetapkan itu bakal mengakibatkan kedua-dua kelab Liga Super itu dikenakan sekatan perpindahan pemain berserta denda atau berdepan hukuman penarikan Lesen Kebangsaan oleh First Instance Body (FIB),” kata Stuart.

Sebelum ini, BH Sukan melaporkan Stuart enggan membuat sebarang spekulasi mengenai nasib KDA FC sama ada bakal digugurkan daripada saingan Liga Super musim 2024/25 namun mengakui isu yang sedang dihadapi KDA FC ketika ini boleh dianggap serius.

“Ini bukan perkara yang boleh kita berikan lanjutan masa disebabkan kita tahu jumlah bulan yang tidak dibayar agak besar. Kita perlu lihat kelangsungan liga dan juga kelangsungan sesuatu pasukan itu juga.

“Ia akan jadi lebih rumit kalau keputusan itu ditangguh membabitkan semua perkara yang berhubung dengan KDA FC. Kita akan maklumkan kedudukan KDA FC dengan maklumat tambahan yang diterima selepas mesyuarat pada 5 Mac nanti.

sumber:- BH

“KL City FC tidak begitu serius kerana kita mendapat maklumat daripada mereka yang sedang mencaturkan penyelesaian isu gaji ini tetapi ia tetap dibawa kepada pertimbangan FIB nanti,” katanya.

Recent Posts

  • sukan

Sejarah Piala Thomas: Perjalanan pertandingan Badminton

Pendahuluan tentang Piala ThomasPiala Thomas merupakan kejohanan badminton antarabangsa yang telah menjadi salah satu acara paling berprestij bagi pemain badminton… Read More

3 hours ago
  • sukan

Sejarah Badminton: Dari Permulaan Hingga Kejayaan Global

Pengenalan kepada BadmintonBadminton ialah sukan yang dimainkan oleh dua atau empat pemain yang menggunakan racket untuk menghantar shuttlecock ke kawasan… Read More

4 hours ago
  • sukan

‘Ketua Kampung Likas’ luah rasa kecewa dengan ayat ‘nanti kita jumpa’

Pemain pertahanan Sabah FC, Park Tae-su yang dikenali dalam kalangan penyokong sebagai 'Ketua Kampung Likas' meluahkan rasa kecewa selepas kontraknya… Read More

8 hours ago
  • sukan

Figueiredo cetus situasi lucu

Penyerang warisan baharu Harimau Malaya, Joao Figueiredo, mencuri tumpuan bukan sekadar kerana jaringan sulungnya dalam kemenangan 4-0 ke atas Vietnam,… Read More

9 hours ago
  • sukan

‘Kami beri seminggu, kalau tidak segalanya didedahkan’

"Kita bagi tempoh seminggu saja bermula hari ini. Kalau tidak, kita akan buat sidang media dan dedahkan segala-galanya yang orang… Read More

9 hours ago
  • sukan

Indra mahu anak tempatan pecahkan rekodnya

Pemegang rekod penjaring terbanyak sepanjang zaman Liga Super, Indra Putra Mahayuddin meluahkan hasrat untuk melihat anak tempatan memecahkan rekodnya itu… Read More

10 hours ago