sukan

Harimau Malaya bakal tercicir mata

SKUAD Harimau Malaya bimbingan Kim Pan Gon berdepan kemungkinan tercicir mata susulan persiapan kurang ideal menjelang aksi menentang Oman, pada pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027 di Muscat bulan ini.

Pemerhati bola sepak tempatan, Datuk Dr Pekan Ramli berkata, perkara itu dipengaruhi tahap kecergasan barisan pemain yang ketika ini menjadi persoalan selepas Liga Malaysia (Liga-M) 2024/25 ditetapkan bermula pada Mei ini dengan beberapa pasukan baru memulakan latihan pramusim.

Menambah kebimbangannya apabila terdapat khabar angin bahawa pasukan kebangsaan tidak akan bermain satu pun perlawanan persahabatan antarabangsa sebelum bertemu Oman.

“Peluang (layak ke pusingan ketiga) kita sangat baik, kita menang dua aksi pertama tapi selepas Piala Asia 2023 seolah-olah pasukan diberi rehat terlalu lama, keduanya nampak seperti kita tak akan main perlawanan kompetitif sebelum lawan Oman. Seperti kita tak serius dan tak bersedia, ini merisaukan.

“Walaupun Oman ada perubahan ketua jurulatih tapi liga mereka berjalan, jadi pemain-pemainnya berada dalam suasana kompetitif manakala liga kita pula sedang berehat. Jadi perancangan perlu ada, kalau kita gagal buat perancangan, bermakna kita merancang untuk gagal,” katanya kepada Bernama pada Rabu.

Mengulas lanjut, beliau berkata, Malaysia sekurang-kurangnya perlu meraih keputusan seri di Muscat 21 Mac ini dan meraih kemenangan apabila Oman bertandang ke sini pada 26 Mac, bagi mengelakkan pasukan menghadapi tekanan yang boleh menjejaskan peluang ke pusingan ketiga.

“Daripada enam mata kita perlu dapatkan empat untuk memastikan peluang kita layak lebih terjamin, kalau kita kalah di Muscat pasukan akan berdepan tekanan yang lebih tinggi bila Oman datang ke sini,” katanya.

Turut senada jurulatih Sabah FC yang juga bekas ketua jurulatih skuad kebangsaan Datuk Ong Kim Swee, yang menyifatkan sekurang-kurangnya satu perlawanan persahabatan akan membantu pasukan negara untuk menghadapi Oman di Muscat.

Namun, Kim Swee berkata, prestasi para pemain ketika berjaya mencipta kejutan dengan mengikat Korea Selatan 3-3 pada aksi terakhir Kumpulan E Piala Asia 2023 di Doha, Qatar Januari lepas, membuktikan Malaysia mampu bersaing dengan satu daripada pasukan terbaik Asia.

“Saya percaya Pan Gon banyak perancangan, pertama beliau ingin dapatkan pemain yang cergas sepenuhnya, kedua dari segi taktikal di mana saya jangkakan tiada masalah di mana pemain tunjang utama skuad kali ini merupakan pemain-pemain yang beraksi di pentas Piala Asia.

“Jadi (menentang Oman) bukan satu tugas mudah tapi sekurang-kurangnya kita mampu mendapatkan satu mata jika dapat sekurang-kurangnya satu perlawanan persahabatan,” kata bekas Pengarah Teknikal Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) berusia 53 tahun itu.

Bernama difahamkan skuad Harimau Malaya akan bermain dua perlawanan pemanas badan secara tertutup dalam tempoh kem latihan pusat di Wisma FAM di Kelana Jaya yang bermula Jumaat ini, namun belum ada pengumuman rasmi berhubung perkara itu.

Malaysia berada pada landasan tepat untuk mencipta sejarah layak ke pusingan ketiga pusingan Kelayakan Piala Dunia/ Piala Asia buat julung kali apabila kini mendahului saingan Kumpulan D dengan kelebihan tiga mata berbanding Oman.

Anak buah Pan Gon merakam dua kemenangan masing-masing ke atas Kyrgyzstan 4-3 dan Taiwan 1-0 tahun lepas untuk menerajui saingan kumpulan, sementara Oman di kedudukan kedua berkongsi mata dengan Kyrgyzstan manakala Taiwan tercorot tanpa sebarang mata.

sumber:- SH

Oman dibimbing pengendali baharu Jaroslav Silhavy dari Republik Czech yang menggantikan jurulatih kelahiran Croatia Branko Ivankovic, susulan persembahan pasukan itu yang mengecewakan di pentas Piala Asia 2023 selepas gagal layak ke pusingan 16 terbaik. – Bernama

Recent Posts

  • sukan

TERKINI : Keputusan aksi Malaysia berdepan Pakistan

 Skuad hoki negara mempamerkan semangat juang yang tinggi untuk bangkit mengikat Pakistan 3-3 dalam perlawanan pembukaan Kumpulan B, Kejohanan Piala… Read More

8 hours ago
  • sukan

TFC akhirnya putuskan nasib Badrul

 Bekas pengendali sementara Terengganu FC (TFC), Badrul Afzan Razali secara rasmi dinaikkan 'pangkat' sebagai ketua jurulatih skuad itu bagi mengharungi… Read More

9 hours ago
  • sukan

Bukit Jalil mungkin jadi saksi Indonesia mara ke Piala Dunia 2026

Pemerhati bola sepak Oman, Issa Saeed, berkongsikan bahawa terdapat lima negara yang berpotensi untuk menjadi tuan rumah bagi perlawanan pusingan… Read More

10 hours ago
  • sukan

Jurulatih bola sepak ditahan cabul dua remaja perempuan

 Seorang jurulatih bola sepak persendirian ditahan polis selepas dipercayai mencabul dua remaja perempuan berusia 13 tahun dalam kejadian berasingan yang… Read More

11 hours ago
  • sukan

Endrick Dos Santos kembali ke Vietnam selepas belasah Vietnam

Selepas membantu Harimau Malaya menjulang kejayaan baru-baru ini, pemain naturalisasi negara, Endrick Dos Santos kembali beraksi untuk kelabnya di Vietnam.… Read More

11 hours ago
  • sukan

TERKINI : JDT sah sambar pemain berstatus bintang

Johor Darul Ta'zim (JDT) hari ini mengumumkan ketibaan pemain penyerang baru yang akan memperkuatkan pasukan itu dari Brazil iaitu Jairo… Read More

12 hours ago