“Inilah masanya ambil Jurgen Klinsmann, ini namanya perang psikologi untuk tutup cerita kelab lain dengan semua peminat dan media pastinya hanya tertumpu kepada Selangor FC.”
Itu pandangan pemerhati bola sepak tempatan, Sadek Mustaffa yang percaya kehadiran Klinsmann mampu menaikkan imej dan jenama Selangor FC di mata dunia, sekali gus menenggelamkan nama pasukan lain di Liga Malaysia (Liga M).
Jelas Sadek yang juga pensyarah kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM Shah Alam, bagi menampung kos gaji Klinsmann jutaan ringgit, beliau mencadangkan pengurusan Red Giants menjalinkan kerjasama dengan syarikat gergasi Jerman yang ada di Malaysia seperti Volkswagen, Audi dan lain-lain.
“Saya fikir Selangor boleh cuba pikat Klinsmann. Mereka boleh lakukan dengan kapasiti yang ada termasuk banyak syarikat gergasi Jerman yang boleh di bawa masuk selaku penaja.
“Jerman ada satu budaya suka memperkenalkan budaya mereka di mata luar, jadi ketiadaan Tan Cheng Hoe mungkin boleh membuka ruang perbincangan dengan Klinsmann.
“Jika berjaya bawa legenda Jerman itu, saya yakin imej Selangor dan tumpuan dunia akan terarah ke Selangor dan Liga M akan mendapat tempiasnya.
“Paling penting cerita Selangor akan menjadi pilihan media utama berbading pasukan lain, ini namanya perang psikologi terbaik untuk Selangor,” katanya kepada Arena Metro.
Sementara itu, ditanya mengenai tindakan Cheng Hoe meninggalkan skuad Merah Kuning dan berhijrah ke Liga Thailand, beliau melihatnya daripada sudut berbeza biarpun ramai peminat mengkritik keputusan yang dibayangi arahan tangan ghaib.
“Saya melihat dari dua perspektif, pertama penghijrahan Cheng Hoe ke Thailand itu menunjukkan perkhabaran baik tentang masa depan jurulatih itu yang berjaya mengembangkan kerjayanya ke luar negara.
“Kedua, dengan pemergian Cheng Hoe ke Thailand, maka ia akan membuka lembaran dan peluang buat pemain negara berkelana lebih ramai ke Liga Thailand.
“Kita mahu kerjayanya terus berkembang dan tidak terhad hanya di Thailand. Moga selepas itu beliau boleh lebarkan sayap ke Liga Korea ataupun Liga Jepun pula selepas ini.
sumber:- HM
“Jangan pula pandang ke belakang dengan kembali ke Liga M selepas setahun atau dua tahun di luar. Ini peluang jurulatih Malaysia buktikan kemampuan mereka di luar negara setanding dengan jurulatih negara lain,” katanya.
PEMPENGARUH media sosial, DMA Islam meluahkan rasa kecewa apabila pertarungan tinju menentang Abang Koroy sempena Hari Sukan Negara 2025 (HSN2025)… Read More
Imigresen dilaporkan sedang dalam proses mendapatkan enam pemain yang pernah menyarung jersi Harimau Malaya bagi menghadapi saingan Liga Super musim… Read More
MANCHESTER United dinasihatkan agar tidak membazir wang untuk mencari pengganti Andre Onana. Nasihat ini datang daripada seorang legenda kelab yang… Read More
Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) mengesahkan bahawa Persatuan Bolasepak Qatar dan Persekutuan Bolasepak Arab Saudi akan bertindak sebagai tuan rumah… Read More
Vietnam dilaporkan telah menolak pelawaan untuk menyertai Kejohanan Bolasepak King's Cup di Thailand pada September depan. Naga Emas dipelawa untuk… Read More
Pendahuluan tentang Piala ThomasPiala Thomas merupakan kejohanan badminton antarabangsa yang telah menjadi salah satu acara paling berprestij bagi pemain badminton… Read More