Phil Foden meledak hatrik ketika Manchester City bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan Brentford 3-1 awal pagi tadi sekali gus menyaksikan tiga pasukan teratas Liga Perdana Inggeris (EPL) dipisahkan dengan hanya dua mata.
City merampas tangga kedua sekalipun terikat dengan Arsenal dengan 49 mata, dua mata di belakang Liverpool namun anak buah Pep Guardiola beraksi kurang satu perlawanan berbanding pencabar mereka.
Pasukan juara bertahan itu muncul pasukan pertama dalam sejarah EPL menang empat perlawanan berturut-turut di gelanggang lawan sekalipun ketinggalan dalam kesemuanya.
Neal Maupay meletakkan The Bees di depan bertentangan dengan arus perlawanan pada minit ke-21, namun tiada keraguan mengenai keputusan perlawanan itu sebaik Foden menyamakan kedudukan pada masa kecederaan babak pertama.
Kevin De Bruyne dan Erling Haaland kemudian mengumpan kepada pemain antarabangsa England itu untuk melengkapkan hatrik kedua kariernya masing-masing pada minit ke-53 dan 70.
Pencabar City untuk merebut kejuaraan mungkin mengeluh kerana tidak mengambil kesempatan ketika De Bruyne dan Haaland diketepikan susulan kecederaan pada beberapa bulan terakhir ketika mereka kelihatan berupaya muncul pasukan pertama memenangi kejuaraan liga utama Inggeris kali keempat berturut-turut.
Guardiola kini mempunyai skuad penuh cergas untuk dipilih malah beliau meninggalkan pemain seperti Jeremy Doku, Jack Grealish dan John Stones di bangku pemain simpanan.
Kemenangan 3-1 Arsenal ke atas Liverpool awal pagi semalam mencerahkan peluang The Gunners dalam usaha merebut kejuaraan liga pertama mereka dalam tempoh 20 tahun.
sumber:- BH
Namun keputusan itu turut memihak kepada City ketika mereka kekal pasukan yang perlu dikalahkan menjelang hujung musim yang semakin menjengah. – AFP
Skuad hoki negara mempamerkan semangat juang yang tinggi untuk bangkit mengikat Pakistan 3-3 dalam perlawanan pembukaan Kumpulan B, Kejohanan Piala… Read More
Bekas pengendali sementara Terengganu FC (TFC), Badrul Afzan Razali secara rasmi dinaikkan 'pangkat' sebagai ketua jurulatih skuad itu bagi mengharungi… Read More
Pemerhati bola sepak Oman, Issa Saeed, berkongsikan bahawa terdapat lima negara yang berpotensi untuk menjadi tuan rumah bagi perlawanan pusingan… Read More
Seorang jurulatih bola sepak persendirian ditahan polis selepas dipercayai mencabul dua remaja perempuan berusia 13 tahun dalam kejadian berasingan yang… Read More
Selepas membantu Harimau Malaya menjulang kejayaan baru-baru ini, pemain naturalisasi negara, Endrick Dos Santos kembali beraksi untuk kelabnya di Vietnam.… Read More
Johor Darul Ta'zim (JDT) hari ini mengumumkan ketibaan pemain penyerang baru yang akan memperkuatkan pasukan itu dari Brazil iaitu Jairo… Read More