Pemain tengah, Akram Mahinan berada dalam radar pasukan Terengganu FC (TFC) dalam mengharungi kancah Liga Malaysia (Liga M) musim ini.
Menurut sumber Terengganu Football Club (TFC) Sdn Bhd, bekas ‘arkitek’ pasukan Kuala Lumpur City FC (KL City FC) itu kini dalam proses rundingan terakhir dengan pihak pengurusan skuad Penyu.
Jelas sumber itu, kehadiran bekas pemain kebangsaan itu bagi memantapkan lagi jentera tengah skuad kendalian jurulatih kelahiran Croatia, Tomislav Steinbruckner itu.
“Iya betul, pihak kami berminat untuk mendapatkan khidmat pemain tengah kelahiran Kedah itu bagi memperkasakan lagi pasukan pada musim ini.
“Dia dijangka bakal bergandingan dengan pemain import dari Uzbekistan, Nurillo Tukhtasinov selepas kontrak kapten musim lalu, Habib Haroon dan bekas pemain kebangsaan Filipina, Omid Nazari tidak disambung.
“Namun setakat ini kami dalam proses perbincangan akhir dengan pemain itu (Akram), jika semuanya berjalan lancar, Insya-Allah dia bakal menjadi milik pasukan TFC pada musim ini,” kata sumber itu.
Terdahulu pemain tengah bertahan berusia 31 tahun itu mengumumkan perpisahan dengan skuad The City Boys selepas empat musim bersama pasukan itu.
Bagaimanapun bekas pemain Kedah Darul Aman FC (KDA FC) dan Johor Darul Ta’zim (JDT) itu belum mengumumkan lagi destinasinya walaupun spekulasi mengaitkannya dengan beberapa pasukan termasuk negeri kelahirannya.
KETUA jurulatih skuad Harimau Malaya, Peter Cklamovski mendedahkan pihak pengurusan ada ‘kejutan’ menarik bagi melengkapkan jadual antarabangsa buat pasukan kebangsaan… Read More
Media Sepanyol, Estadio Deportivo, melaporkan pemain muda berpotensi besar Athletic Bilbao, Mikel Jauregizar, berkemungkinan memiliki pertalian darah dan boleh mewakili… Read More
Tonggak baharu warisan negara meluahkan keazaman untuk terus berjuang bersama skuad Harimau Malaya dalam misi meraih tiket ke Piala Asia… Read More
Rodrigo Holgado mungkin tidak lahir di Malaysia tetapi tiada siapa boleh menyangkal dia sememangnya berjiwa Malaysia, lebih-lebih lagi atas segala… Read More
PELARI pecut negara, Muhammad Azeem Mohd Fahmi mencipta sensasi apabila membantu kuartet Universiti Auburn untuk menjuarai acara 4x100 meter berganti-ganti… Read More
Bek tengah Harimau Malaya, Facundo Garces, membuat hantaran media sosial pertamanya mengenai Malaysia sebentar tadi. Sejak disahkan sebagai pemain kebangsaan… Read More