Mukhairi Ajmal
Pengendali skuad bawah 23 tahun (B-23), Juan Torres Garrido mahu pemain muda diberikan lebih banyak peluang dan ruang beraksi bersama pasukan ‘abang’ dalam saingan Liga Super pada musim depan.
Beliau berkata, situasi terbabit penting memandangkan saingan Liga Super lebih berintensiti tinggi sekali gus pemain B-23 dapat menyesuaikan diri beraksi di peringkat antarabangsa.
Katanya, ketika ini hanya beberapa pasukan seperti Selangor, Johor Darul Ta’zim (JDT), Perak FC dan Terengganu FC mengambil pendekatan terbabit dengan menyerap pemain muda mereka untuk beraksi bersama skuad senior.
“Selangor adalah antara pasukan yang gunakan ramai pemain muda, begitu juga JDT, Perak dan Terengganu, saya rasa itu adalah penting apabila mereka beraksi di kejohanan antarabangsa, mereka boleh menyesuaikan diri.
“Untuk panggilan kali ini skuad adalah seperti ini, tapi pada masa hadapan mungkin kita dapat lihat pemain dari kelab lain lebih banyak, semuanya bergantung kepada situasi dan pemain yang ada,” katanya, ketika ditemui sebelum berlepas ke Shanghai, China, pagi tadi.
Skuad muda negara itu dalam rangka persiapan untuk mengharungi Piala Asia B-23 April tahun depan dan dijangka akan mengharungi dua perlawanan antarabangsa Tier 2 di Shanghai menentang China B-23 pada 23 dan 26 Disember.
Selain itu, beliau berkata, pada awal musim ini beliau melihat tidak ramai pemain B-23 yang bermain di Liga Super tetapi pada penghujung musim dapat dilihat semakin ramai yang diberi peluang.
Sementara itu, kehadiran pemain berpengalaman di peringkat senior seperti Mukhairi Ajmal dalam skuad B-23 dapat membantu barisan kejurulatihan merencanakan strategi bagi menguatkan lagi pasukan.
“Keutamaan pastinya kepada skuad senior kerana mereka sedang membuat persediaan untuk Piala Asia, tetapi kita berpeluang untuk mendapatkan pemain seperti Mukhairi.
“Manakala Nooa Laine pula sedang menjalani pramusim dengan pasukannya, memandangkan panggilan kem latihan kali ini bukan dalam kalendar Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (Fifa), dia tidak boleh sertai kami.
sumber:- HM
“Mana-mana pemain dari skuad senior yang boleh disenaraikan untuk skuad B-23, kami gembira untuk terima mereka,” katanya.
Pemain pertahanan Sabah FC, Park Tae-su yang dikenali dalam kalangan penyokong sebagai 'Ketua Kampung Likas' meluahkan rasa kecewa selepas kontraknya… Read More
Penyerang warisan baharu Harimau Malaya, Joao Figueiredo, mencuri tumpuan bukan sekadar kerana jaringan sulungnya dalam kemenangan 4-0 ke atas Vietnam,… Read More
"Kita bagi tempoh seminggu saja bermula hari ini. Kalau tidak, kita akan buat sidang media dan dedahkan segala-galanya yang orang… Read More
Pemegang rekod penjaring terbanyak sepanjang zaman Liga Super, Indra Putra Mahayuddin meluahkan hasrat untuk melihat anak tempatan memecahkan rekodnya itu… Read More
Pertahanan Kuala Lumpur (KL) City, Giancarlo Gallifuoco, mengakui fenomena Harimau Malaya membangkitkan keterujaannya untuk menjadi sebahagian daripada revolusi baru bola… Read More
Pemain warisan Harimau Malaya, Imanol Machuca meluahkan kegembiraannya selepas membuat penampilan sulung bersama skuad negara di Stadium Nasional, Bukit Jalil,… Read More