sukan

Juara bertahan belasah JDT musim lepas balik awal disingkir Kelab ASEAN

Juara bertahan Liga Juara-Juara Asia (ACL), Urawa Red Diamonds, tersingkir seawal peringkat kumpulan selepas tewas 1-2 kepada kelab Vietnam, Hanoi FC, dalam perlawanan terakhir Kumpulan J di Stadium Nasional My Dinh malam tadi.

Urawa, yang membelasah Johor Darul Ta’zim (JDT) 5-0 dalam pusingan 16 sebelum menjuarai edisi lalu, gagal meneruskan kemaraan ke pusingan kalah mati selepas hanya mengumpulkan tujuh mata daripada enam perlawanan.

Ia menyaksikan kelab Jepun itu gagal menempatkan diri selaku tiga pasukan naib juara kumpulan terbaik selepas mustahil untuk mereka mengejar kedudukan juara Kumpulan J, Pohang Steelers (16 mata).

Bahkan, tujuh mata yang dikumpulkan itu juga terlalu jauh untuk mengejar tiga slot naib juara terbaik memandangkan tiga kelab Korea Selatan, Ulsan Hyundai, Incheon United dan Jeonbuk Hyundai Motors, sudah pun mengumpulkan sembilan mata biarpun masih memiliki satu perlawanan dalam tangan.

Aksi di My Dinh menyaksikan tuan rumah terlebih dahulu mencipta kejutan apabila Van Nam Dao membuka jaringan pada minit ke-53 sebelum Bryen Linssen kembali mengikat kedudukan buat Urawa pada minit ke-65.

sumber:- SA

Bagaimanapun, sisa perjuangan juara bertahan itu musnah selepas Pham Tuan Hai menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-87.

Recent Posts

  • sukan

TERKINI : Keputusan aksi Malaysia berdepan Pakistan

 Skuad hoki negara mempamerkan semangat juang yang tinggi untuk bangkit mengikat Pakistan 3-3 dalam perlawanan pembukaan Kumpulan B, Kejohanan Piala… Read More

7 hours ago
  • sukan

TFC akhirnya putuskan nasib Badrul

 Bekas pengendali sementara Terengganu FC (TFC), Badrul Afzan Razali secara rasmi dinaikkan 'pangkat' sebagai ketua jurulatih skuad itu bagi mengharungi… Read More

8 hours ago
  • sukan

Bukit Jalil mungkin jadi saksi Indonesia mara ke Piala Dunia 2026

Pemerhati bola sepak Oman, Issa Saeed, berkongsikan bahawa terdapat lima negara yang berpotensi untuk menjadi tuan rumah bagi perlawanan pusingan… Read More

9 hours ago
  • sukan

Jurulatih bola sepak ditahan cabul dua remaja perempuan

 Seorang jurulatih bola sepak persendirian ditahan polis selepas dipercayai mencabul dua remaja perempuan berusia 13 tahun dalam kejadian berasingan yang… Read More

10 hours ago
  • sukan

Endrick Dos Santos kembali ke Vietnam selepas belasah Vietnam

Selepas membantu Harimau Malaya menjulang kejayaan baru-baru ini, pemain naturalisasi negara, Endrick Dos Santos kembali beraksi untuk kelabnya di Vietnam.… Read More

10 hours ago
  • sukan

TERKINI : JDT sah sambar pemain berstatus bintang

Johor Darul Ta'zim (JDT) hari ini mengumumkan ketibaan pemain penyerang baru yang akan memperkuatkan pasukan itu dari Brazil iaitu Jairo… Read More

11 hours ago