Manchester City didakwa oleh Persatuan Bolasepak (FA) Inggeris lewat malam tadi susulan tingkah laku pemain mereka pada saat-saat akhir ketika seri 3-3 menentang Tottenham hujung minggu lalu.
Beberapa pemain bintang City, termasuk Erling Haaland yang berang, mengerumuni pengadil Simon Hooper selepas beliau gagal memberikan ‘advantage’ pada detik terakhir pertembungan Liga Perdana Inggeris yang menarik di Stadium Etihad Ahad lalu.
Haaland dikasari Emerson Royal tetapi bangun sebelum melorongkan bola kepada Jack Grealish, namun Hooper memberhentikan permainan untuk menghadiahkan tuan rumah sepakan percuma, sesudah sebelumnya meminta permainan diteruskan.
Haaland berterusan melahirkan kemarahannya ketika dia meninggalkan padang selepas wisel penamat dan dia membantah selepas perlawanan itu dengan membuat hantaran klip insiden itu di laman X, dengan komen “Wtf”, satu perkataan yang mengutuk.
Pengurus Pep Guardiola berkata beliau faham dengan kemarahan penyerangnya.”Dia amat kecewa,” kata bos City itu selepas perlawanan. “Malah pengadil sekalipun – jika beliau beraksi untuk Man City hari ini beliau akan kecewa juga dengan tindakan itu, sudah pasti.”
Semalam, FA mengeluarkan kenyataan memaklumkan City sudah didakwa.
“Manchester City didakwa melanggar peraturan FA E20.1 selepas pemain mereka mengerumuni pegawai perlawanan semasa perlawanan Liga Perdana menentang Tottenham Hotspur pada Ahad, 3 Disember 2023,” kata badan induk itu dalam satu kenyataan.
sumber:- BH
“Didakwa, pada minit ke-94 perlawanan, kelab itu gagal memastikan pemain mereka berkelakuan dengan cara yang wajar.
“Manchester City diberi masa hingga Khamis, 7 Disember untuk menjawab pertuduhan itu.” – AFP
Skuad hoki negara mempamerkan semangat juang yang tinggi untuk bangkit mengikat Pakistan 3-3 dalam perlawanan pembukaan Kumpulan B, Kejohanan Piala… Read More
Bekas pengendali sementara Terengganu FC (TFC), Badrul Afzan Razali secara rasmi dinaikkan 'pangkat' sebagai ketua jurulatih skuad itu bagi mengharungi… Read More
Pemerhati bola sepak Oman, Issa Saeed, berkongsikan bahawa terdapat lima negara yang berpotensi untuk menjadi tuan rumah bagi perlawanan pusingan… Read More
Seorang jurulatih bola sepak persendirian ditahan polis selepas dipercayai mencabul dua remaja perempuan berusia 13 tahun dalam kejadian berasingan yang… Read More
Selepas membantu Harimau Malaya menjulang kejayaan baru-baru ini, pemain naturalisasi negara, Endrick Dos Santos kembali beraksi untuk kelabnya di Vietnam.… Read More
Johor Darul Ta'zim (JDT) hari ini mengumumkan ketibaan pemain penyerang baru yang akan memperkuatkan pasukan itu dari Brazil iaitu Jairo… Read More