PASUKAN bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) semakin popular di Korea Selatan selepas beberapa media negara tersebut melaporkan mengenai kebangkitan kelab itu di bawah kepimpinan Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim.
Kelab itu meraih populariti dalam kalangan peminat Liga 1 Korea (Liga K1) selepas kejayaan JDT menggegarkan pasukan gergasi negara tersebut, Ulsan Hyundai sebanyak tiga kali dalam saingan Liga Juara-Juara AFC pada 2022 dan 2023.
“Media Korea Naver Sports dan Goal.com KR memaparkan kebangkitan JDT di bawah pimpinan DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor selepas kunjungan mereka ke Johor untuk Liga Juara-Juara AFC.
“Antara perkara yang ditampilkan termasuk bagaimana dana dibelanjakan dengan bijak dalam pelbagai sudut di JDT, kemudahan fasiliti serba canggih Harimau Selatan yang dijaga dengan baik.
“Selain itu, penubuhan Akademi JDT dengan kepakaran luar negara dan bagaimana ‘hands-on’ Tunku Mahkota Johor dalam pengurusan kelab,” kongsi kelab itu dalam laman Facebook Johor Southern Tigers.
Selain perkara berkaitan pasukan, media Korea Selatan juga memuji impak komersial jenama besar yang berjaya dibawa masuk oleh JDT.
“Kelab bukan sahaja membawa jenama utama seperti Nike, IKEA, Unicef dan Hublot sebagai rakan kongsi tetapi juga pembukaan kedai makanan dan minuman terkenal seperti Starbucks, KFC dan Subway di Stadium Terbaik Dunia Tahun 2020.
sumber:- SH
“Artikel tersebut turut menyatakan bahawa JDT semakin popular dalam kalangan peminat Liga K berikutan tiga daripada empat kemenangan menentang Ulsan Hyundai dalam Liga Juara-Juara AFC pada 2022 dan 2023,” katanya.
Pendahuluan tentang Piala ThomasPiala Thomas merupakan kejohanan badminton antarabangsa yang telah menjadi salah satu acara paling berprestij bagi pemain badminton… Read More
Pengenalan kepada BadmintonBadminton ialah sukan yang dimainkan oleh dua atau empat pemain yang menggunakan racket untuk menghantar shuttlecock ke kawasan… Read More
Pemain pertahanan Sabah FC, Park Tae-su yang dikenali dalam kalangan penyokong sebagai 'Ketua Kampung Likas' meluahkan rasa kecewa selepas kontraknya… Read More
Penyerang warisan baharu Harimau Malaya, Joao Figueiredo, mencuri tumpuan bukan sekadar kerana jaringan sulungnya dalam kemenangan 4-0 ke atas Vietnam,… Read More
"Kita bagi tempoh seminggu saja bermula hari ini. Kalau tidak, kita akan buat sidang media dan dedahkan segala-galanya yang orang… Read More
Pemegang rekod penjaring terbanyak sepanjang zaman Liga Super, Indra Putra Mahayuddin meluahkan hasrat untuk melihat anak tempatan memecahkan rekodnya itu… Read More