sukan

TFC terus julang nama Malaysia di AFC

Terengganu FC (TFC) mengekalkan rekod tanpa kalah dalam saingan Piala AFC apabila mengikat Central Coast Mariners FC (CCM) 1-1 di Stadium Central Coast, di Australia, hari ini.

Kejayaan membawa pulang satu mata itu cukup berharga untuk wakil negara itu mengintai kedudukan selaku dua pasukan terbaik Kumpulan G.

Menerusi keputusan itu, TFC hanya memerlukan seri apabila berdepan Bali United di tempat sendiri nanti bagi menjamin slot ke pusingan kedua saingan itu.

CCM yang tewas 0-1 di tangan skuad Penyu pada aksi pertama di Gong Badak, September lalu, terlebih dulu mengancam menerusi beberapa percubaan berbahaya ke kubu pelawat.

Penyerang import dari Brazil, Marco Tulio hampir meletakkan CCM di depan pada minit kelapan selepas dia bijak melepasi perangkap offsaid, namun tolakannya tidak tepat ke sasaran.

Skuad kendalian Tomislav Steinbruckner cuba memberi saingan dan ketua pasukan Habib Harun melepaskan satu rembatan jarak jauh minit ke-14, tetapi mudah dihalang penjaga gol tuan rumah, Danny Vukovic.

Selepas itu, aksi lebih banyak dikuasai anak buah Mark Jackson, namun ketangkasan Suhaimi Husain mengecewakan kem tuan rumah apabila penjaga gol itu menghalang dua kali percubaan Tulio di minit ke-16 dan 38 dan kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan sehingga rehat.

Skrip berbeza dipersembahkan barisan pemain TFC di babak kedua dengan kerap melancarkan serangan ke kubu tuan rumah.

Akhirnya, tandukan ke belakang Engku Nur Shakir pada minit ke-53 hasil sepakan sudut Sony Norde meletakkan TFC di depan dan mengejutkan penyokong tuan rumah.

TFC yang bakal berdepan Johor Darul Ta’zim (JDT) di final Piala Malaysia, 8 Disember depan, seharusnya boleh mengukuhkan kedudukan namun tandukan Ivan Mamut sedikit melangit pada minit ke-58.

sumber:- HM

Begitupun kelalaian benteng TFC menyaksikan Miguel Pizio meledak gol penyamaan tiga minit sebelum perlawanan tamat dan kedua-dua pasukan berpuas hati meraih satu mata.

Recent Posts

  • sukan

Maaf Indonesia, Harimau Malaya ada perancangan lebih baik

KETUA jurulatih skuad Harimau Malaya, Peter Cklamovski mendedahkan pihak pengurusan ada ‘kejutan’ menarik bagi melengkapkan jadual antarabangsa buat pasukan kebangsaan… Read More

1 hour ago
  • sukan

Thailand umum kejutan harga pemain muda warisan baharu Malaysia

Media Sepanyol, Estadio Deportivo, melaporkan pemain muda berpotensi besar Athletic Bilbao, Mikel Jauregizar, berkemungkinan memiliki pertalian darah dan boleh mewakili… Read More

1 hour ago
  • sukan

Lima tonggak warisan pertahan Jersi Malaysia sehingga ke penghujung

Tonggak baharu warisan negara meluahkan keazaman untuk terus berjuang bersama skuad Harimau Malaya dalam misi meraih tiket ke Piala Asia… Read More

2 hours ago
  • sukan

“Bangga dengan kamu anakku” — Holgado

Rodrigo Holgado mungkin tidak lahir di Malaysia tetapi tiada siapa boleh menyangkal dia sememangnya berjiwa Malaysia, lebih-lebih lagi atas segala… Read More

3 hours ago
  • sukan

TERKINI: Azeem Fahmi cipta sensasi muncul Juara NCAA

PELARI pecut negara, Muhammad Azeem Mohd Fahmi mencipta sensasi apabila membantu kuartet Universiti Auburn untuk menjuarai acara 4x100 meter berganti-ganti… Read More

4 hours ago
  • sukan

Facundo Garces membuat hantaran media sosial pertama mengenai Malaysia

Bek tengah Harimau Malaya, Facundo Garces, membuat hantaran media sosial pertamanya mengenai Malaysia sebentar tadi. Sejak disahkan sebagai pemain kebangsaan… Read More

4 hours ago