Jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), Esteban Solari menganggap kekalahan 0-5 di tangan Kawasaki Frontale pada aksi Liga Juara-Juara Asia malam tadi berpunca daripada kegagalan pemainnya mengimbangi kekuatan kelab Jepun itu.
Kekalahan besar itu juga menyaksikan impian Harimau Selatan mengulangi pencapaian musim lalu layak ke pusingan 16 terakhir berkecai.
Mereka akan melengkapkan aksi dalam Kumpulan I berdepan kelab Thailand, BG Pathum United di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri pada 12 Disember ini.
Solari berkata, apa yang terjadi pada aksi itu sememangnya amat perit untuk ditelan tapi terpaksa menerima hakikat skuad kendalian Toru Oniki berada dalam kelas tersendiri.
“Sememangnya ia malam yang sukar buat kami kerana kami tidak bermain seperti yang dikehendaki dan ini juga bermaksud kami sudah tersingkir daripada saingan walaupun masih berbaki satu perlawanan.
“Kami yakin sebelum turun menentang Kawasaki Frontale tetapi kami tidak bermain seperti yang sepatutnya apabila kerap hilang bola dan gagal berfungsi dengan baik.
“Kami tidak berada dalam perlawanan dan saya rasakan persembahan kami tampilkan tidak seperti yang kami kerap amalkan dan amat sedih apabila kami tewas.
“Saya enggan komen lebih lanjut lagi,” katanya ringkas ketika sidang media selepas perlawanan.
sumber:- BH
Frontale menghasilkan gol menerusi Akihiro Ienaga pada minit kelapan, Leandro Damiao (m-50), Marcinho (m-60), Yu Kobayashi (m-69) dan Miki Yamane (m-88).
Pendahuluan tentang Piala ThomasPiala Thomas merupakan kejohanan badminton antarabangsa yang telah menjadi salah satu acara paling berprestij bagi pemain badminton… Read More
Pengenalan kepada BadmintonBadminton ialah sukan yang dimainkan oleh dua atau empat pemain yang menggunakan racket untuk menghantar shuttlecock ke kawasan… Read More
Pemain pertahanan Sabah FC, Park Tae-su yang dikenali dalam kalangan penyokong sebagai 'Ketua Kampung Likas' meluahkan rasa kecewa selepas kontraknya… Read More
Penyerang warisan baharu Harimau Malaya, Joao Figueiredo, mencuri tumpuan bukan sekadar kerana jaringan sulungnya dalam kemenangan 4-0 ke atas Vietnam,… Read More
"Kita bagi tempoh seminggu saja bermula hari ini. Kalau tidak, kita akan buat sidang media dan dedahkan segala-galanya yang orang… Read More
Pemegang rekod penjaring terbanyak sepanjang zaman Liga Super, Indra Putra Mahayuddin meluahkan hasrat untuk melihat anak tempatan memecahkan rekodnya itu… Read More