Cristiano Ronaldo membawa Al Nassr mara ke peringkat kalah mati Liga Juara-Juara Asia selepas melakar keputusan seri 0-0 di laman sendiri menentang Persepolis Iran.
Skuad Arab Saudi itu memenangi kesemua empat perlawanan Kumpulan E menjelang pertemuan di Riyadh hanya memerlukan satu mata di Al Awwal Park untuk mara ke pusingan 16 terakhir.
Nassr berjaya mengawal perlawanan walaupun mereka terpaksa bermain dengan 10 orang ketika perlawanan itu.
Kejayaan mereka itu bagaimanapun diselubungi keadaan yang mana Ronaldo terpaksa dikeluarkan ketika perlawanan berbaki 13 minit berikutan perlanggaran awal dengan penjaga gol Persepolis, Alireza Beiranvand.
Terdahulu Ronaldo terkenal dengan eksploitasi menjaringkan gol tetapi sebaliknya berlaku apabila dia meyakinkan pengadil untuk tidak memberikannya penalti.
Pemain berusia 38 tahun itu dijatuhkan pada minit kedua tetapi apabila pengadil China, Ma Ning menghadiahkan penalti, Ronaldo mempertikaikan kes itu supaya keputusan itu dibatalkan.
Ning mengarahkan semakan ke VAR dan akhirnya menukar keputusannya.
Gabungan video pembantu pengadil dan kejujuran Ronaldo menyelamatkan Persepolis.
Perlawanan berakhir tanpa jaringan dengan pemain Al Nassr, Ali Lajami dibuang padang pada minit ke-17.
sumber:- BH
Pasukan Liga Pro Saudi itu berada di puncak Kumpulan E dengan 13 mata selepas lima perlawanan dan lima mata di depan Persepolis di tempat kedua.
Pendahuluan tentang Piala ThomasPiala Thomas merupakan kejohanan badminton antarabangsa yang telah menjadi salah satu acara paling berprestij bagi pemain badminton… Read More
Pengenalan kepada BadmintonBadminton ialah sukan yang dimainkan oleh dua atau empat pemain yang menggunakan racket untuk menghantar shuttlecock ke kawasan… Read More
Pemain pertahanan Sabah FC, Park Tae-su yang dikenali dalam kalangan penyokong sebagai 'Ketua Kampung Likas' meluahkan rasa kecewa selepas kontraknya… Read More
Penyerang warisan baharu Harimau Malaya, Joao Figueiredo, mencuri tumpuan bukan sekadar kerana jaringan sulungnya dalam kemenangan 4-0 ke atas Vietnam,… Read More
"Kita bagi tempoh seminggu saja bermula hari ini. Kalau tidak, kita akan buat sidang media dan dedahkan segala-galanya yang orang… Read More
Pemegang rekod penjaring terbanyak sepanjang zaman Liga Super, Indra Putra Mahayuddin meluahkan hasrat untuk melihat anak tempatan memecahkan rekodnya itu… Read More