KETUA Pegawai Eksekutif (CEO) Kelantan FC, Ahmad Muzakkir Hamid berdiri teguh mempertahankan pasukan Pantai Timur itu yang terus menjadi mangsa belasahan dalam saingan Liga Super.
Menurut Ahmad Muzakkir, dia akan berusaha memperbaiki pasukan sekali gus kembali bangkit pada saingan Liga Malaysia.
“Seburuk mana pasukan dihina, saya tetap berdiri teguh selagi saya CEO.
“Semampu mana saya berusaha, saya ingin buat balik penaja-penaja seperti mana saya berjaya buat ketika saya bersama Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) dahulu sehingga diswastakan,” katanya dalam satu hantaran di laman Facebooknya pada Isnin.
Kelantan FC terus dirundung malang apabila sekali lagi menjadi mangsa belasahan Kedah Darul Aman 1-6 pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu pada Ahad.
Sebelum ini, pasukan juara dua kali Liga Super pada 2011 dan 2012 itu dibelasah beberapa kali dengan kekalahan besar dicatatkan ketika tewas kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) 0-10 dan kepada Selangor FC 2-11.
Ia sekali gus menyaksikan Kelantan memecahkan rekod bolos paling banyak dengan 108 gol sejak Liga Super diperkenalkan pada 2004.
sumber:- SH
Skuad kendalian Alfredo Vera itu masih mempunyai baki dua perlawanan dalam aksi Liga Super musim ini menentang PDRM FC pada 10 Disember sebelum berdepan Kelantan FC enam hari kemudian.
Bekas jurulatih skuad muda Vietnam, Hoang Anh Tuan, berpandangan pemain warisan yang turun memperkuatkan Harimau Malaya sebelum ini 'masih belum… Read More
KETUA jurulatih skuad Harimau Malaya, Peter Cklamovski mendedahkan pihak pengurusan ada ‘kejutan’ menarik bagi melengkapkan jadual antarabangsa buat pasukan kebangsaan… Read More
Media Sepanyol, Estadio Deportivo, melaporkan pemain muda berpotensi besar Athletic Bilbao, Mikel Jauregizar, berkemungkinan memiliki pertalian darah dan boleh mewakili… Read More
Tonggak baharu warisan negara meluahkan keazaman untuk terus berjuang bersama skuad Harimau Malaya dalam misi meraih tiket ke Piala Asia… Read More
Rodrigo Holgado mungkin tidak lahir di Malaysia tetapi tiada siapa boleh menyangkal dia sememangnya berjiwa Malaysia, lebih-lebih lagi atas segala… Read More
PELARI pecut negara, Muhammad Azeem Mohd Fahmi mencipta sensasi apabila membantu kuartet Universiti Auburn untuk menjuarai acara 4x100 meter berganti-ganti… Read More