sukan

Kelantan FC terpaksa akur

Kelantan FC akan berusaha memenuhi tuntutan Pelesenan Kelab Liga Bolasepak Malaysia (MFL) First Instance Body (FIB) yang mahu kelab itu menyelesaikan masalah berbangkit sebelum hujung bulan ini.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kelantan FC, Ahmad Muzakkir Hamid, pihaknya menerima keputusan FIB itu dan akan cuba menyelesaikan permintaan badan bebas itu sehingga 30 November ini.

Bagaimanapun katanya, untuk tujuan menyerahkan bukti persetujuan bersama pemain dan pegawai skuad The Red Warriors (TRW) kemungkinan tidak akan berlaku kerana rata-rata pemain sudah menutup pintu rundingan dengan pihak pengurusan.

Justeru jelasnya, TRW akan menurut apa-apa arahan FIB dalam tempoh ini termasuk mungkin diberikan penstrukturan penjadualan pembayaran tunggakan kepada pemain pasukan itu.

“Kita akur dan kita nak lengkapkan apa yang diperlukan oleh FIB. Kita adalah satu-satunya pasukan yang ada setengah pemain tak terima persetujuan pembayaran, jadi kita terpaksa alami masalah ini.

“Bagi pasukan lain, pemain mereka terima persetujuan bersama tapi kita tidak dapat. Itu sebab kita sangkut.

“Rundingan sebenarnya sudah ditutup oleh mereka (pemain). Kalau kita merayu kepada pemain (menerima persetujuan bersama), adakah itu yang diinginkan FIB.

“Kalau kata hukuman itu perlu kembali kepada pemain, baru kita cuba lakukan. Bagi kita kalau itu yang diputuskan FIB kita akan ikut sahaja,” katanya ketika dihubungi Arena Metro.

Semalam, akhbar ini melaporkan Kelantan FC diberikan tempoh sehingga 30 November ini bagi menyelesaikan isu tunggakan gaji pemain yang masih sangkut bagi bulan Julai dan Ogos lalu.

sumber:- HM

Sekiranya gagal, TRW boleh mengucapkan selamat tinggal kepada saingan Liga Super musim depan apabila kelab itu tidak akan diberikan Lesen Kebangsaan.

Recent Posts

  • sukan

Sejarah Piala Thomas: Perjalanan pertandingan Badminton

Pendahuluan tentang Piala ThomasPiala Thomas merupakan kejohanan badminton antarabangsa yang telah menjadi salah satu acara paling berprestij bagi pemain badminton… Read More

36 minutes ago
  • sukan

Sejarah Badminton: Dari Permulaan Hingga Kejayaan Global

Pengenalan kepada BadmintonBadminton ialah sukan yang dimainkan oleh dua atau empat pemain yang menggunakan racket untuk menghantar shuttlecock ke kawasan… Read More

46 minutes ago
  • sukan

‘Ketua Kampung Likas’ luah rasa kecewa dengan ayat ‘nanti kita jumpa’

Pemain pertahanan Sabah FC, Park Tae-su yang dikenali dalam kalangan penyokong sebagai 'Ketua Kampung Likas' meluahkan rasa kecewa selepas kontraknya… Read More

5 hours ago
  • sukan

Figueiredo cetus situasi lucu

Penyerang warisan baharu Harimau Malaya, Joao Figueiredo, mencuri tumpuan bukan sekadar kerana jaringan sulungnya dalam kemenangan 4-0 ke atas Vietnam,… Read More

6 hours ago
  • sukan

‘Kami beri seminggu, kalau tidak segalanya didedahkan’

"Kita bagi tempoh seminggu saja bermula hari ini. Kalau tidak, kita akan buat sidang media dan dedahkan segala-galanya yang orang… Read More

6 hours ago
  • sukan

Indra mahu anak tempatan pecahkan rekodnya

Pemegang rekod penjaring terbanyak sepanjang zaman Liga Super, Indra Putra Mahayuddin meluahkan hasrat untuk melihat anak tempatan memecahkan rekodnya itu… Read More

7 hours ago