Pemain Denmark, Anders Antonsen buat dua pemain perseorangan negara kempunan untuk beraksi dalam Finals Jelajah Dunia BWF.
Biarpun Lee Zii Jia berjaya mengesahkan tempat di pusingan 16 terbaik Masters China, sebentar tadi namun masih tidak cukup untuknya menembusi kelompok 8 terbaik ke Finals Jelajah Dunia BWF.
Sebelum bermulanya Masters China di Shenzhen ketika ini, Ng Tze Yong berada di kedudukan ke-8 manakala Lee Zii Jia berada di tempat ke-11.
Namun, dengan kemaraan Anders Antonsen ke pusingan 16 terbaik, maka secara automatik dua pemain negara ini tidak boleh lagi memintas pungutan mata Antonsen.
Ketika ini, Jonatan Christie mengetuai senarai ranking siri jelajah disusuli Li Shi Feng, Viktor Axelsen, Shi Yu Qi, Anthony Ginting dan Kodai Naraoka.
Manakala Kunlavut Vitidsarn sudah menjamin tempatnya selaku juara dunia yang dimenanginya pada Ogos lalu.
sumber:- SA
Untuk rekod, pasangan beregu campuran negara Chen Tang Jie-Toh Ee Wei dan beregu lelaki nombor satu Malaysia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik akan membawa cabaran di Finals Jelajah Dunia BWF pada 13 hingga 17 Disember bertempat di Hangzhou, China.
Skuad hoki negara mempamerkan semangat juang yang tinggi untuk bangkit mengikat Pakistan 3-3 dalam perlawanan pembukaan Kumpulan B, Kejohanan Piala… Read More
Bekas pengendali sementara Terengganu FC (TFC), Badrul Afzan Razali secara rasmi dinaikkan 'pangkat' sebagai ketua jurulatih skuad itu bagi mengharungi… Read More
Pemerhati bola sepak Oman, Issa Saeed, berkongsikan bahawa terdapat lima negara yang berpotensi untuk menjadi tuan rumah bagi perlawanan pusingan… Read More
Seorang jurulatih bola sepak persendirian ditahan polis selepas dipercayai mencabul dua remaja perempuan berusia 13 tahun dalam kejadian berasingan yang… Read More
Selepas membantu Harimau Malaya menjulang kejayaan baru-baru ini, pemain naturalisasi negara, Endrick Dos Santos kembali beraksi untuk kelabnya di Vietnam.… Read More
Johor Darul Ta'zim (JDT) hari ini mengumumkan ketibaan pemain penyerang baru yang akan memperkuatkan pasukan itu dari Brazil iaitu Jairo… Read More