sukan

Sanggup dibuang demi Palestin

Pemain sayap Belanda, Anwar El Ghazi tetap teguh mempertahankan keputusannya menyokong Palestin secara terbuka walaupun menjadi ‘mang-sa’ apabila kontraknya bersama kelab Bundesliga, Mainz musim ini dibatalkan serta-merta.

Sebagai rekod, El Ghazi yang pernah mewakili Aston Villa dan PSV Eindhoven, berhijrah me­nyertai Mainz pada jendela perpindahan Julai lepas dengan kontrak selama dua tahun sehingga musim 2025.

Namun, pemain berusia 28 tahun itu memilih untuk lantang bersuara menerusi media sosialnya dengan mengecam tindakan rejim Zionis membunuh ribuan penduduk tidak berdosa di Palestin sejak 7 Oktober lepas.

Selepas melakukan beberapa siri perbincangan termasuk penggantungan daripada sesi latihan, kontrak El Ghazi akhir­nya dibatalkan oleh pihak pengurusan memandangkan kelab Jerman itu memiliki sentimen yang akrab dengan Israel.

“Demi memastikan kelangsu­ngan kelab, kami mengambil keputusan untuk membatalkan serta-merta kontrak El Ghazi susulan beberapa hantaran yang dimuat naik menerusi media sosialnya baru-baru ini,” menurut ke­nyataan Mainz.

Sementara itu, El Ghazi percaya dia telah melakukan keputusan tepat bersuara secara lantang selain tidak takut kariernya terjejas kerana apa yang dilalui oleh rakyat Palestin cukup perit untuk diterima.

“Saya tidak kesal dan akan sentiasa menegakkan keadilan. Hukuman seperti kehilangan karier cukup kecil buat saya jika dibandingkan dengan konflik di Palestin,” katanya. – AGENSI

Recent Posts

  • sukan

Bekas jurulatih Vietnam perlekeh pemain warisan Malaysia

Bekas jurulatih skuad muda Vietnam, Hoang Anh Tuan, berpandangan pemain warisan yang turun memperkuatkan Harimau Malaya sebelum ini 'masih belum… Read More

16 minutes ago
  • sukan

Maaf Indonesia, Harimau Malaya ada perancangan lebih baik

KETUA jurulatih skuad Harimau Malaya, Peter Cklamovski mendedahkan pihak pengurusan ada ‘kejutan’ menarik bagi melengkapkan jadual antarabangsa buat pasukan kebangsaan… Read More

2 hours ago
  • sukan

Thailand umum kejutan harga pemain muda warisan baharu Malaysia

Media Sepanyol, Estadio Deportivo, melaporkan pemain muda berpotensi besar Athletic Bilbao, Mikel Jauregizar, berkemungkinan memiliki pertalian darah dan boleh mewakili… Read More

2 hours ago
  • sukan

Lima tonggak warisan pertahan Jersi Malaysia sehingga ke penghujung

Tonggak baharu warisan negara meluahkan keazaman untuk terus berjuang bersama skuad Harimau Malaya dalam misi meraih tiket ke Piala Asia… Read More

2 hours ago
  • sukan

“Bangga dengan kamu anakku” — Holgado

Rodrigo Holgado mungkin tidak lahir di Malaysia tetapi tiada siapa boleh menyangkal dia sememangnya berjiwa Malaysia, lebih-lebih lagi atas segala… Read More

4 hours ago
  • sukan

TERKINI: Azeem Fahmi cipta sensasi muncul Juara NCAA

PELARI pecut negara, Muhammad Azeem Mohd Fahmi mencipta sensasi apabila membantu kuartet Universiti Auburn untuk menjuarai acara 4x100 meter berganti-ganti… Read More

4 hours ago