sukan

Ballon d’Or kelapan buat Messi

Lionel Messi memenangi gelaran Ballon d’Or kelapannya, manakala pemenang Piala Dunia Wanita dari Sepanyol, Aitana Bonmati mengungguli kategori wanita.

Messi terpilih selepas kejayaannya membantu Argentina menjuarai Piala Dunia di Qatar tahun lalu – meledak tujuh gol dan dinobatkan pemain terbaik kejohanan.

Mbappe adalah pesaing utama Messi untuk anugerah berkenaan, muncul penjaring terbanyak Piala Dunia dengan lapan gol, termasuk hatrik di final namun pasukannya, Perancis tewas kepada Argentina menerusi penentuan penalti.

Namun bekas rakan sepasukan Messi di PSG itu hanya di tangga ketiga, di belakang Haaland yang meledak 52 gol dalam 53 penampilan untuk Manchester City ketika menjuarai treble musim lalu.

Messi, 36, memenangi Ballon d’Or pertamanya pada tahun 2009, tiga mengatasi pesaing utamanya, Cristiano Ronaldo.

Selain membantu Sepanyol memenangi Piala Dunia di Australia pada Ogos, Bonmati juga menjadi tonggak Barcelona ketika menjuarai Liga Juara-Juara Eropah musim lalu.

Dia turut dinobatkan sebagai Pemain Wanita Terbaik UEFA.

Jude Bellingham memenangi Trofi Kopa untuk pemain terbaik di bawah usia 21 tahun musim lalu.

Pemain 20 tahun itu memulakan kariernya di Real Madrid musim ini dengan cemerlang, meledak 13 gol dalam 13 perlawanan pertama, namun dia memenangi anugerah itu kerana persembahannya bersama Borussia Dortmund.

Rakan sepasukan Bellingham di Madrid, Vinicius Junior memenangi hadiah Socrates.

sumber:- BH

Rakan sepasukan Messi di dalam pasukan Argentina, Emiliano Martinez memenangi anugerah penjaga gol terbaik musim lalu. – AFP

Recent Posts

  • sukan

TERKINI : Keputusan aksi Malaysia berdepan Pakistan

 Skuad hoki negara mempamerkan semangat juang yang tinggi untuk bangkit mengikat Pakistan 3-3 dalam perlawanan pembukaan Kumpulan B, Kejohanan Piala… Read More

7 hours ago
  • sukan

TFC akhirnya putuskan nasib Badrul

 Bekas pengendali sementara Terengganu FC (TFC), Badrul Afzan Razali secara rasmi dinaikkan 'pangkat' sebagai ketua jurulatih skuad itu bagi mengharungi… Read More

8 hours ago
  • sukan

Bukit Jalil mungkin jadi saksi Indonesia mara ke Piala Dunia 2026

Pemerhati bola sepak Oman, Issa Saeed, berkongsikan bahawa terdapat lima negara yang berpotensi untuk menjadi tuan rumah bagi perlawanan pusingan… Read More

9 hours ago
  • sukan

Jurulatih bola sepak ditahan cabul dua remaja perempuan

 Seorang jurulatih bola sepak persendirian ditahan polis selepas dipercayai mencabul dua remaja perempuan berusia 13 tahun dalam kejadian berasingan yang… Read More

9 hours ago
  • sukan

Endrick Dos Santos kembali ke Vietnam selepas belasah Vietnam

Selepas membantu Harimau Malaya menjulang kejayaan baru-baru ini, pemain naturalisasi negara, Endrick Dos Santos kembali beraksi untuk kelabnya di Vietnam.… Read More

10 hours ago
  • sukan

TERKINI : JDT sah sambar pemain berstatus bintang

Johor Darul Ta'zim (JDT) hari ini mengumumkan ketibaan pemain penyerang baru yang akan memperkuatkan pasukan itu dari Brazil iaitu Jairo… Read More

10 hours ago