PEMILIK Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengakui berdepan tekanan untuk menguruskan pasukan kelab itu terutama daripada segi kewangan dan tanggungjawab menjaga kesemua pemain.
Tunku Ismail yang juga Tunku Mahkota Johor tampil mendedahkan kebenaran dengan menegaskan menguruskan JDT seperti menjaga 32 bayi kaya dan budak manja.
“Saya terbuka berterus terang dan saya tidak peduli jika mana-mana pemain nak terasa, saya tidak kisah kerana itulah kebenaran. Ia tidak pernah cukup, mereka selalu mahu lebih dan ada masanya kadang-kadang ada yang tak berpuas hati.
“Secara luarannya, setiap kelab kelihatan baik, tetapi di belakang kerjanya bukan senang. Bagaimana saya nak pastikan pemain seprti Safiq Rahim, Fernando Forestieri atau Farizal Marlias yang telah menang banyak kejayaan, tetapi keinginan mereka seperti tidak pernah menang sesuatu.
“Saya mesti bagus untuk menyalakan api tersebut agar mereka bersemangat kerana kalau tidak pemain-pemain boleh cakap dah dapat duit setiap bulan serta menang semuanya, kenapa nak kerja keras lagi,” katanya menerusi podcast ‘Keluar Sekejap’ di YouTube pada Ahad.
Dalam pada itu, Tunku Ismail turut mendedahkan pasukan juara 10 kali Liga Super itu juga terkesan dari segi kewangan walaupun mendapat banyak penajaan daripada syarikat antarabangsa.
Tunku Ismail berkata, bukan sesuatu yang mudah untuk menjaga kelab bola sepak kerana perlu melabur wang yang banyak namun manfaat atau pulangan yang diperoleh agak sedikit.
“Tekanan dalam segi kewangan sangat-sangat berat dalam bola sepak terutamanya dalam negara kita. Walaupun JDT banyak kerjasama dan penajaan daripada syarikat antarabangsa, tetapi kita masih tetap ‘struggle’.
sumbeR:- SH
“Jadi kadang-kadang saya dan Duli Tuanku (Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar) terpaksa keluarkan duit sendiri dan perkara itu agak mengecewakan, “katanya.
Skuad hoki negara mempamerkan semangat juang yang tinggi untuk bangkit mengikat Pakistan 3-3 dalam perlawanan pembukaan Kumpulan B, Kejohanan Piala… Read More
Bekas pengendali sementara Terengganu FC (TFC), Badrul Afzan Razali secara rasmi dinaikkan 'pangkat' sebagai ketua jurulatih skuad itu bagi mengharungi… Read More
Pemerhati bola sepak Oman, Issa Saeed, berkongsikan bahawa terdapat lima negara yang berpotensi untuk menjadi tuan rumah bagi perlawanan pusingan… Read More
Seorang jurulatih bola sepak persendirian ditahan polis selepas dipercayai mencabul dua remaja perempuan berusia 13 tahun dalam kejadian berasingan yang… Read More
Selepas membantu Harimau Malaya menjulang kejayaan baru-baru ini, pemain naturalisasi negara, Endrick Dos Santos kembali beraksi untuk kelabnya di Vietnam.… Read More
Johor Darul Ta'zim (JDT) hari ini mengumumkan ketibaan pemain penyerang baru yang akan memperkuatkan pasukan itu dari Brazil iaitu Jairo… Read More