sukan

Yusri dedah pemain Kelantan faktor Perak menang besar

Kejayaan melakar kemenangan bergaya 8-0 ke atas Kelantan FC bukan hanya kerana usaha keras pemain Perak FC, sebaliknya ia turut ‘dibantu’ oleh barisan pemain The Red Warriors.

Pengendali The Bos Gaurus, Yusri Che Lah melihat pemain Kelantan FC yang rata-ratanya dibarisi pemain bawah 23 tahun (B-23) memberikan terlalu banyak ruang sekali gus memudahkan Perak FC ‘membuat’ kerja dan mencetak gol demi gol.

“Mungkin juga disebabkan mereka (Kelantan FC) tidak ada keinginan untuk beraksi tetapi dari kaca mata saya, saya lihat pemain mengikut apa yang mahu kita lakukan.

“Pemain tahu tanggungjawab mereka dan cara permainan yang sebaiknya. Cuma kita tidak boleh terbuai terlalu lama kerana kita ada lima hari lagi sebelum perlawanan seterusnya,” kata Yusri.

Terdahulu, kemenangan 8-0 ke atas Kelantan FC yang juga pasukan tercorot Liga Super di Stadium Perak itu menyaksikan mereka merakam kemenangan terbesar pada musim ini.

Lima gol berjaya dijaringkan anak buah Yusri dalam 45 minit pertama sebelum mereka melengkapkan masa penuh dengan tambahan tiga lagi gol pada babak kedua.

Mengulas lanjut aksi terbabit, Yusri mengakui dia agak tertekan dengan persembahan anak buahnya pada awal permainan yang dilihat terlalu ghairah memburu jaringan sekali gus menghadirkan risiko untuk dihukum lawan.

“Jaringan awal itu bagaimanapun sedikit sebanyak membuat kita lega kerana selalunya kita akan ditimpa musibah kalau kita tidak berhati-hati.

sumber:- BH

“Pemain memberikan komitmen yang cukup baik dan tidak memandang mudah kerana walaupun sudah mendahului dengan lima gol, mereka terus cuba untuk dapatkan gol pada babak kedua,” katanya.

Recent Posts

  • sukan

Nama Shin Tae-yong kini jadi sebutan sebagai pengendali baharu

Skuad kebangsaan China dilaporkan bersedia untuk memburu khidmat bekas ketua jurulatih Indonesia, Shin Tae-yong. Perkembangan ini hadir ketika pasukan kebangsaan… Read More

19 minutes ago
  • sukan

DMA Islam kecewa pertarungan batal saat akhir

PEMPENGARUH media sosial, DMA Islam meluahkan rasa kecewa apabila pertarungan tinju menentang Abang Koroy sempena Hari Sukan Negara 2025 (HSN2025)… Read More

57 minutes ago
  • sukan

Muka tetap Harimau Malaya jadi pilihan pasukan

Imigresen dilaporkan sedang dalam proses mendapatkan enam pemain yang pernah menyarung jersi Harimau Malaya bagi menghadapi saingan Liga Super musim… Read More

1 hour ago
  • sukan

Onana jadi kambing hitam

MANCHESTER United dinasihatkan agar tidak membazir wang untuk mencari pengganti Andre Onana. Nasihat ini datang daripada seorang legenda kelab yang… Read More

1 hour ago
  • sukan

Arab Saudi, Qatar dipilih tuan rumah pusingan keempat Kelayakan Piala Dunia

Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) mengesahkan bahawa Persatuan Bolasepak Qatar dan Persekutuan Bolasepak Arab Saudi akan bertindak sebagai tuan rumah… Read More

2 hours ago
  • sukan

Vietnam tolak pelawaan Thailand

Vietnam dilaporkan telah menolak pelawaan untuk menyertai Kejohanan Bolasepak King's Cup di Thailand pada September depan. Naga Emas dipelawa untuk… Read More

2 hours ago