PENYERANG utama Kedah Darul Aman (KDA) FC, Ifedayo Olusegun mahu semua pemain kelab tersebut memberi tumpuan penuh pada baki empat perlawanan Liga Super 2023 dalam usaha untuk merampas tempat kedua daripada Selangor FC.
Menurutnya, aksi menentang Negeri Sembilan (NS) FC di Stadum Darul Aman pada Sabtu ini disifatkannya sebagai sangat penting dan Sang Kenari tidak boleh keciciran mata pada perlawanan tersebut.
“Mata penuh adalah sasaran kami dalam semua perlawanan yang akan dilalui selepas ini, sekali gus membuka ruang untuk aksi ke peringkat Asia pada musim depan,” katanya mengulas aksi Liga Super pada Sabtu.
KDA FC kini berada di kedudukan ketiga liga dengan mengumpul 47 mata menerusi 15 kemenangan, dua seri dan lima kekalahan selepas 22 perlawanan.
Jelas Ifedayo yang telahpun meledak tujuh gol dalam saingan Liga Super setakat ini, dia mengharapkan penyokong Sang Kenari akan memenuhi Darul Aman dalam usaha untuk memberikan tekanan kepada NS FC.
“Saya bertekad memberi aksi terbaik saya bersama rakan sepasukan seperti yang dirancang ketua jurulatih.”Kedah perlu ambil kesempatan beraksi di depan penyokong sendiri walaupun beraksi pada sebelah petang. Kami perlu berwaspada supaya tidak melakukan kesilapan yang boleh merugikan pasukan,” ujar beliau.
sumber:- SH
Lawan seterusnya yang bakal dihadapi oleh KDA FC selepas melayani skuad Hobin Jang Hobin adalah Kelantan FC pada 24 November, Selangor FC (2 Disember) dan Sabah FC (17 Disember).
Pemain pertahanan Sabah FC, Park Tae-su yang dikenali dalam kalangan penyokong sebagai 'Ketua Kampung Likas' meluahkan rasa kecewa selepas kontraknya… Read More
Penyerang warisan baharu Harimau Malaya, Joao Figueiredo, mencuri tumpuan bukan sekadar kerana jaringan sulungnya dalam kemenangan 4-0 ke atas Vietnam,… Read More
"Kita bagi tempoh seminggu saja bermula hari ini. Kalau tidak, kita akan buat sidang media dan dedahkan segala-galanya yang orang… Read More
Pemegang rekod penjaring terbanyak sepanjang zaman Liga Super, Indra Putra Mahayuddin meluahkan hasrat untuk melihat anak tempatan memecahkan rekodnya itu… Read More
Pertahanan Kuala Lumpur (KL) City, Giancarlo Gallifuoco, mengakui fenomena Harimau Malaya membangkitkan keterujaannya untuk menjadi sebahagian daripada revolusi baru bola… Read More
Pemain warisan Harimau Malaya, Imanol Machuca meluahkan kegembiraannya selepas membuat penampilan sulung bersama skuad negara di Stadium Nasional, Bukit Jalil,… Read More