Rakaman dari sudut lain meyakinkan peminat yang Copenhagen sepatutnya mengambil semula sepakan penalti ketika aksi Liga Juara-Juara Eropah menentang Manchester United di Old Trafford.
Skuad kendalian Erik ten Hag menewaskan kelab Denmark itu 1-0 hasil jaringan minit ke-72 Harry Maguire sebelum penjaga gol, Andre Onana menyelamatkan sepakan penalti Copenhagen di akhir permainan.
Tuan rumah yang terdesak memerlukan kemenangan selepas tewas pada dua perlawanan pertama, hampir kehilangan dua mata apabila pengadil memberikan sepakan penalti kepada lawan selepas Scott McTominay melakukan kesalahan di dalam kotak penalti.
Onana bagaimanapun muncul wira United selepas menyelamatkan sepakan penalti Jordan Larsson di akhir masa kecederaan.Namun peminat yakin penjaga gol itu melakukan kesalahan kerana berada di depan garisan gol ketika Larsson mengambil sepakan.
“Onana 100 peratus berada di luar garisannya ketika sepakan diambil,” kata salah seorang peminat.”Penalti sepatutnya diambil semula kerana kaki Onana berada di luar garisan,” kata seorang lagi.
Sebahagian lagi peminat bagaimanapun tidak melihat sebarang kesalahan dalam situasi itu.
Kemenangan itu melonjak United ke tangga ketiga Kumpulan A, satu mata di belakang Galatasaray yang berada di tangga kedua.
sumber:- BH
Anak buah Ten Hag akan bertandang ke Copenhagen untuk aksi timbal balik sebelum ke Turkiye bertemu Galatasaray. – AGENSI
Pemain pertahanan Sabah FC, Park Tae-su yang dikenali dalam kalangan penyokong sebagai 'Ketua Kampung Likas' meluahkan rasa kecewa selepas kontraknya… Read More
Penyerang warisan baharu Harimau Malaya, Joao Figueiredo, mencuri tumpuan bukan sekadar kerana jaringan sulungnya dalam kemenangan 4-0 ke atas Vietnam,… Read More
"Kita bagi tempoh seminggu saja bermula hari ini. Kalau tidak, kita akan buat sidang media dan dedahkan segala-galanya yang orang… Read More
Pemegang rekod penjaring terbanyak sepanjang zaman Liga Super, Indra Putra Mahayuddin meluahkan hasrat untuk melihat anak tempatan memecahkan rekodnya itu… Read More
Pertahanan Kuala Lumpur (KL) City, Giancarlo Gallifuoco, mengakui fenomena Harimau Malaya membangkitkan keterujaannya untuk menjadi sebahagian daripada revolusi baru bola… Read More
Pemain warisan Harimau Malaya, Imanol Machuca meluahkan kegembiraannya selepas membuat penampilan sulung bersama skuad negara di Stadium Nasional, Bukit Jalil,… Read More