sukan

Teguran TMJ kepada Kim Pan Gon

Skuad Harimau Malaya disaran menilai semula panggilan beberapa pemain ke latihan pusat menjelang saingan tertinggi di benua ini iaitu kempen Piala Asia di Qatar pada Januari depan.

Teguran itu diberikan pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang mengakui agak pelik dengan ‘selera’ pengendali negara, Kim Pan-gon khususnya di jentera tengah dan pertahanan.

Kata Tunku Ismail yang juga Tunku Mahkota Johor (TMJ) itu, posisi tengah antara bahagian yang dilihatnya agak tidak relevan apabila Pan-gon masih mengekalkan beberapa pemain sama sedangkan terdapat tonggak lebih efektif untuk mengisi posisi itu.

Antaranya, dua pemain utama JDT iaitu Hong Wan dan Afiq Fazail yang disifatkan memiliki keupayaan lebih dinamik dan kreatif berbanding tonggak sedia ada seperti Brendan Gan, Stuart Wilkin mahupun Nooa Laine.

Selain itu, dua ‘kereta kebal’ di benteng pertahanan JDT juga disebut oleh TMJ sepatutnya dipanggil iaitu Feroz Baharudin, Shahrul Saad dan Syahmi Safari bagi mengukuhkan pasukan kebangsaan.

“Saya juga sangat suka dengan Afiq Fazail dan sangat terkejut kenapa pemain seperti Afiq tidak terpilih dan bagi saya sebenarnya beberapa orang pemain tengah Harimau Malaya kini tidak lagi relevan.

“Nadi bola sepak ini datang daripada ‘midfield’, jadi untuk ada hubungan tersebut kalau kita main dua atau tiga pemain tengah, rasanya Pan-gon perlu membuat penilaian semula untuk lihat siapa lebih layak berada di situ.

“Ini kerana saya nampak pemain seperti Hong Wan mempunyai banyak potensi dan sudah tentu kita ada Matthew Davies selain jangan lupakan Shahrul Saad.

“Beliau (Shahrul Saad) baru pulih daripada kecederaan dan kembali, pada pandangan saya daripada segi karakter dan pemain, dia sangat-sangat bagus,” katanya dalam satu program sembang bola sepak bersama sebuah stesen televisyen swasta tempatan.

Tunku Ismail turut menegur agar jurulatih dari Korea Selatan itu tidak mengamalkan pilih kasih dalam menentukan panggilan pemain ke skuad kebangsaan.

Malah, pemilihan pemain berdasarkan minit permainan yang selalu ditekankan Pan-gon juga tidak relevan buat TMJ, di mana pemain-pemain di JDT sentiasa menekankan sistem latihan berintensiti tinggi biarpun ada pemain yang banyak mengisi masa di bangku simpanan.

“Kalau nak tengok pada minit permainan, saya cadangkan jurulatih supaya mengambil semua pemain PDRM FC yang bermain 90 minit penuh atau Penang FC serta seterusnya.

“Tetapi kalau anda nak pemain berkualiti, di JDT ada ramai dan patut dipakai sepenuhnya,” katanya yang memberi Akhyar Rashid sebagai contoh terbaik walaupun jarang beraksi bersama skuad Harimau Selatan namun tetap beraksi cemerlang setiap kali diturunkan Pan-gon.

sumber:- HM

Skuad Harimau Malaya dijadual beraksi di Piala Asia selepas 43 tahun tidak pernah layak secara merit, di mana Malaysia diletakkan dalam Kumpulan E bersama Jordan Bahrain dan Korea Selatan.

Recent Posts

  • sukan

TERKINI : Keputusan aksi Malaysia berdepan Pakistan

 Skuad hoki negara mempamerkan semangat juang yang tinggi untuk bangkit mengikat Pakistan 3-3 dalam perlawanan pembukaan Kumpulan B, Kejohanan Piala… Read More

10 hours ago
  • sukan

TFC akhirnya putuskan nasib Badrul

 Bekas pengendali sementara Terengganu FC (TFC), Badrul Afzan Razali secara rasmi dinaikkan 'pangkat' sebagai ketua jurulatih skuad itu bagi mengharungi… Read More

11 hours ago
  • sukan

Bukit Jalil mungkin jadi saksi Indonesia mara ke Piala Dunia 2026

Pemerhati bola sepak Oman, Issa Saeed, berkongsikan bahawa terdapat lima negara yang berpotensi untuk menjadi tuan rumah bagi perlawanan pusingan… Read More

12 hours ago
  • sukan

Jurulatih bola sepak ditahan cabul dua remaja perempuan

 Seorang jurulatih bola sepak persendirian ditahan polis selepas dipercayai mencabul dua remaja perempuan berusia 13 tahun dalam kejadian berasingan yang… Read More

13 hours ago
  • sukan

Endrick Dos Santos kembali ke Vietnam selepas belasah Vietnam

Selepas membantu Harimau Malaya menjulang kejayaan baru-baru ini, pemain naturalisasi negara, Endrick Dos Santos kembali beraksi untuk kelabnya di Vietnam.… Read More

13 hours ago
  • sukan

TERKINI : JDT sah sambar pemain berstatus bintang

Johor Darul Ta'zim (JDT) hari ini mengumumkan ketibaan pemain penyerang baru yang akan memperkuatkan pasukan itu dari Brazil iaitu Jairo… Read More

14 hours ago