Pertahanan England, Harry Maguire bermain seperti dikehendaki Manchester United, kata pengendalinya, Erik ten Hag.
Maguire, 30, memulakan permainan dalam dua perlawanan terakhir Liga Perdana Inggeris, membantu mereka menang 2-1 ke atas Brentford dan Sheffield United.
Bek tengah itu dilucutkan daripada jawatan kapten United pada Julai selepas dikaitkan dengan perpindahan ke West Ham.
“Saya gembira dengan persembahannya. Saya perlu katakan yang dia bermain seperti yang kami mahukan.”Dia amat proaktif ketika menyerang, menguasai lawannya, tampil apabila diperlukan, membaca permainan, bertahan dengan baik dan melakukan hantaran-hantaran kemas,” kata Ten Hag selepas Maguire dinobatkan pemain terbaik perlawanan di Bramall Lane.
Maguire adalah tonggak England ketika mara ke separuh akhir Piala Dunia 2018 dan final Euro 2020, tetapi kemerosotan prestasinya mengundang kecaman dan kritikan media serta peminat.
Kemenangan United kelmarin hadir selepas legenda bola sepak England, Bobby Charlton meninggal dunia.
sumber:- BH
Charlton membantu England memenangi Piala Dunia dan meledak 249 gol dalam 758 perlawanan untuk United.
Pendahuluan tentang Piala ThomasPiala Thomas merupakan kejohanan badminton antarabangsa yang telah menjadi salah satu acara paling berprestij bagi pemain badminton… Read More
Pengenalan kepada BadmintonBadminton ialah sukan yang dimainkan oleh dua atau empat pemain yang menggunakan racket untuk menghantar shuttlecock ke kawasan… Read More
Pemain pertahanan Sabah FC, Park Tae-su yang dikenali dalam kalangan penyokong sebagai 'Ketua Kampung Likas' meluahkan rasa kecewa selepas kontraknya… Read More
Penyerang warisan baharu Harimau Malaya, Joao Figueiredo, mencuri tumpuan bukan sekadar kerana jaringan sulungnya dalam kemenangan 4-0 ke atas Vietnam,… Read More
"Kita bagi tempoh seminggu saja bermula hari ini. Kalau tidak, kita akan buat sidang media dan dedahkan segala-galanya yang orang… Read More
Pemegang rekod penjaring terbanyak sepanjang zaman Liga Super, Indra Putra Mahayuddin meluahkan hasrat untuk melihat anak tempatan memecahkan rekodnya itu… Read More