sukan

Dua penyokong ditahan ketika aksi Perak FC, JDT

Polis telah menahan dua lelaki melibatkan penyokong bola sepak dalam perlawanan separuh akhir pertama Piala Malaysia antara Perak FC dan Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Perak pada Khamis.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, tangkapan itu bagaimanapun hanya melibatkan kesalahan kecil tanpa sebarang isu rusuhan atau pergaduhan.

“Tangkapan hanya melibatkan dua individu sahaja dan itu pun melibatkan kesalahan kecil.

“Tindakan seterusnya telah diambil bagi tujuan siasatan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Jumaat.

Sebaik tamat perlawanan, dua lelaki berkenaan dibawa keluar polis dari stadium dalam keadaan tangan bergari.

Perlawanan di hadapan 21,613 penonton itu berkesudahan dengan JDT mengatasi tuan rumah dengan jaringan 4-1.Mengulas lanjut, Mohd Yusri berkata, aksi perlawanan berjalan dalam keadaan terkawal baik di dalam mahupun luar stadium tanpa sebarang insiden tidak diingini.

“Penyokong kedua-dua pasukan telah memberi kerjasama yang baik dengan mematuhi segala arahan pihak berkuasa,” katanya.Dalam perlawanan itu, seramai 397 pegawai dan anggota polis termasuk Unit Simpanan Persekutuan (FRU) telah ditugaskan bagi mengawal ketat keadaan keluar masuk pemain dan penyokong.

Untuk rekod, pada April 2014, insiden pergaduhan besar membabitkan penyokong The Bos Gaurus dan Harimau Selatan tercetus di luar pekarangan stadium dalam aksi Liga Super yang berkesudahan Perak tumpas 0-1 kepada JDT di Stadium Perak.

sumber:- SH

Insiden berkenaan berulang pada Ogos 2016 apabila Perak sekali lagi tumbang di laman sendiri kepada JDT dengan jaringan sama dan turut menyebabkan kecederaan menimpa seorang petugas media.

Recent Posts

  • sukan

Bekas jurulatih Vietnam perlekeh pemain warisan Malaysia

Bekas jurulatih skuad muda Vietnam, Hoang Anh Tuan, berpandangan pemain warisan yang turun memperkuatkan Harimau Malaya sebelum ini 'masih belum… Read More

16 minutes ago
  • sukan

Maaf Indonesia, Harimau Malaya ada perancangan lebih baik

KETUA jurulatih skuad Harimau Malaya, Peter Cklamovski mendedahkan pihak pengurusan ada ‘kejutan’ menarik bagi melengkapkan jadual antarabangsa buat pasukan kebangsaan… Read More

2 hours ago
  • sukan

Thailand umum kejutan harga pemain muda warisan baharu Malaysia

Media Sepanyol, Estadio Deportivo, melaporkan pemain muda berpotensi besar Athletic Bilbao, Mikel Jauregizar, berkemungkinan memiliki pertalian darah dan boleh mewakili… Read More

2 hours ago
  • sukan

Lima tonggak warisan pertahan Jersi Malaysia sehingga ke penghujung

Tonggak baharu warisan negara meluahkan keazaman untuk terus berjuang bersama skuad Harimau Malaya dalam misi meraih tiket ke Piala Asia… Read More

2 hours ago
  • sukan

“Bangga dengan kamu anakku” — Holgado

Rodrigo Holgado mungkin tidak lahir di Malaysia tetapi tiada siapa boleh menyangkal dia sememangnya berjiwa Malaysia, lebih-lebih lagi atas segala… Read More

4 hours ago
  • sukan

TERKINI: Azeem Fahmi cipta sensasi muncul Juara NCAA

PELARI pecut negara, Muhammad Azeem Mohd Fahmi mencipta sensasi apabila membantu kuartet Universiti Auburn untuk menjuarai acara 4x100 meter berganti-ganti… Read More

4 hours ago