Aksi yang ditampilkan oleh Dominic Tan pada final Pestabola Merdeka ternyata mendapat perhatian para peminat tanah air.
Dominic menjadi tumpuan oleh penyokong Malaysia apabila didakwa menjadi punca kekalahan Harimau Malaya malam tadi.
Melihat ruangan komen Facebook Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menyaksikan pemain berusia 26 tahun itu yang paling popular selepas menerima komen paling banyak dari peminat.
Ada juga segelintir penyokong gelarkan pemain pertahanan itu persis Harry Maguire ketika berada di dalam padang.
“Dominic maguire memang padu,” kata Muhammad Nafiz.”Harry Maguire versi malaysia,” kata Mohd Hafizuddin
“Dominic nak main macam itu elok kamu masuk Man United, eloklah kawan dengan Harry Maguire,” kata Muhd Salihin.
Pemain pertahanan itu turut dipersalahkan atas dua gol yang dibolosi terutama jaringan kedua apabila berlaku salah faham antara dirinya dan penjaga gol, Syihan Hazmi.
“Dominic lubuk malam ini, acah-acah nak main tenang, tapi akhirnya dia biar kawan itu (pihak lawan) menjaringkan gol macam itu je,” kata Fazlan Iskandar.
“Dominic bijak memperdayakan kawan sendiri,” kata Shahrul Iwan.
“Bola itu sudah patut kau (Dominic) clear (keluarkan bola), kamu sibuk nak suruh penjaga gol tangkap dah kenapa? Penjaga gol itu sekilo lagi jauh dari kamu, tolong jangan main Malaysia lagi tolong,” kata Farhan Hrc.
Mungkin terlalu kecewa dengan prestasi yang ditampilkan oleh Dominic, ada segelintir warganet bertindak nakal apabila mengubah namamya menjadi seperti warga Tajikistan dan dirinya pemain kelahiran negara itu.
Dengan prestasi seperti itu, sudah pasti ketua jurulatih Malaysia, Kim Pan-gon menyedari kelemahan anak buahnya dan akan segera memperbaikinya.
Malah, beliau turut meminta maaf kepada semua penyokong kerana tidak dapat menghadiahkan kejuaraan.
Terdahulu, Malaysia tewas 0-2 kepada Tajikistan dalam final Pestabola Merdeka yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi.
sumber:- HM
Dua jaringan lewat masing-masing di separuh masa pertama dan kedua sudah cukup untuk mengecewakan Harimau Malaya kali kedua apabila sebelum ini turut tewas kepada lawan yang sama di final Piala Raja Thai tahun lepas menerusi sepakan penalti.
Pemain warisan Harimau Malaya, Imanol Machuca meluahkan kegembiraannya selepas membuat penampilan sulung bersama skuad negara di Stadium Nasional, Bukit Jalil,… Read More
Bekas jurulatih skuad muda Vietnam, Hoang Anh Tuan, berpandangan pemain warisan yang turun memperkuatkan Harimau Malaya sebelum ini 'masih belum… Read More
KETUA jurulatih skuad Harimau Malaya, Peter Cklamovski mendedahkan pihak pengurusan ada ‘kejutan’ menarik bagi melengkapkan jadual antarabangsa buat pasukan kebangsaan… Read More
Media Sepanyol, Estadio Deportivo, melaporkan pemain muda berpotensi besar Athletic Bilbao, Mikel Jauregizar, berkemungkinan memiliki pertalian darah dan boleh mewakili… Read More
Tonggak baharu warisan negara meluahkan keazaman untuk terus berjuang bersama skuad Harimau Malaya dalam misi meraih tiket ke Piala Asia… Read More
Rodrigo Holgado mungkin tidak lahir di Malaysia tetapi tiada siapa boleh menyangkal dia sememangnya berjiwa Malaysia, lebih-lebih lagi atas segala… Read More