Bekas penyerang skuad Olimpik negara 1980, Zulkifli Hamzah mengakui teruja dengan prestasi semasa pasukan kebangsaan di bawah kendalian Kim Pan Gon.
Jelas bekas bintang Terengganu 1976 hingga 1980 itu, corak permainan yang kian meningkat memberikan isyarat yang jelas skuad Harimau Malaya mampu ‘mengaum’ berdepan Tajikistan pada aksi final Pestabola Merdeka di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam esok.
Kata pemain berusia 64 tahun yang digelar ‘Harimau Berantai’ itu, walaupun ranking pasukan Tajikistan lebih baik iaitu di tangga ke-110 dunia berbanding Malaysia di kedudukan 134, anak buah jurulatih kelahiran Korea Selatan itu dijangka mampu memperagakan aksi terbaik.
“Buktinya ketika berdepan India yang berada di ranking ke-102 dunia iaitu perbezaan sebanyak 32 anak tangga, pemain kebangsaan mampu menjinakkan skuad kendalian Igor Stimac dengan jaringan yang agak besar.
“Peningkatan yang diperagakan bukan sahaja membabitkan pasukan, malah secara individu juga mereka berjaya membuktikan kemampuan dengan kawalan bola baik yang boleh saya rumuskan bermain secara ‘total football’.
“Saya berkeyakinan jika mereka mengekalkan aksi konsisten dalam setiap perlawanan dengan beraksi sebagai satu pasukan, pasukan Harimau Malaya mampu merakam kemenangan berdepan Tajikistan selain mampu melangkah lebih jauh lagi,” katanya ketika dihubungi.
Bagaimanapun tegas Zulkifli, beliau mengingatkan barisan pertahanan khususnya agar dapat meningkatkan lagi prestasi dan kawalan bagi memastikan kawasan penalti tidak mudah ditembusi pemain Tajikistan untuk mengelak pintu gol dibolosi.
“Sejujurnya saya lihat ketika pasukan negara berdepan India pada Jumaat lalu, barisan pertahanan nampak sedikit longgar seolah-olah belum serasi sepenuhnya sehingga membenarkan pihak lawan mudah menembusi benteng pertahanan.
“Jadi pesanan saya agar posisi itu dapat ditingkatkan lagi dan pada masa sama pemain yang diturunkan mampu memperagakan aksi lebih kental bagi mengelak dihukum lawan kerana misi kita adalah untuk menjuarai Pestabola Merdeka edisi ke-42 itu,” jelas pemain seangkatan Datuk Soh Chin Aun, Allahyarham Mokhtar Dahari dan Hassan Sani itu.
sumber:- BH
Terdahulu Malaysia layak ke pentas final berdepan Tajikistan yang mendapat ‘bye’ selepas berjaya mengetepikan India 4-2 menerusi jaringan Dion Cools, Arif Aiman Hanapi, Faisal Halim dan Corbin Ong.
Skuad hoki negara mempamerkan semangat juang yang tinggi untuk bangkit mengikat Pakistan 3-3 dalam perlawanan pembukaan Kumpulan B, Kejohanan Piala… Read More
Bekas pengendali sementara Terengganu FC (TFC), Badrul Afzan Razali secara rasmi dinaikkan 'pangkat' sebagai ketua jurulatih skuad itu bagi mengharungi… Read More
Pemerhati bola sepak Oman, Issa Saeed, berkongsikan bahawa terdapat lima negara yang berpotensi untuk menjadi tuan rumah bagi perlawanan pusingan… Read More
Seorang jurulatih bola sepak persendirian ditahan polis selepas dipercayai mencabul dua remaja perempuan berusia 13 tahun dalam kejadian berasingan yang… Read More
Selepas membantu Harimau Malaya menjulang kejayaan baru-baru ini, pemain naturalisasi negara, Endrick Dos Santos kembali beraksi untuk kelabnya di Vietnam.… Read More
Johor Darul Ta'zim (JDT) hari ini mengumumkan ketibaan pemain penyerang baru yang akan memperkuatkan pasukan itu dari Brazil iaitu Jairo… Read More