PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) tidak mempunyai perancangan untuk menggunakan stadium lain untuk aksi final Pestabola Merdeka membabitkan Malaysia dan Tajikistan pada Selasa. Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan FAM, Firdaus Mohamed berkata, badan induk bola sepak negara itu juga tidak menerima permohonan daripada Tajikistan untuk menukar venue perlawanan.
Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang sedia menawarkan stadium Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, Johor untuk digunakan oleh Harimau Malaya untuk aksi final itu.
“Pertama sekali kita menjunjung kasih dan berterima kasih kepada Tunku Ismail Sultan Ibrahim kerana menawarkan gelanggang keramat Johor Darul Ta’zim (JDT) iaitu Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, Johor untuk digunakan oleh Harimau Malaya. Namun, setakat hari ini final Pestabola Merdeka akan diteruskan mengikut perancangan asal iaitu di Stadium Nasional Bukit Jalil. Kita juga tidak terima apa-apa permohonan daripada pihak Tajikistan.
“Jadi, setakat ini tiada sebarang perubahan dibuat tetapi sudah pasti kami harap perlawanan selepas ini dapat berjalan lancar,” katanya.
Pada Jumaat, skuad Harimau Malaya dan India menjadi pasukan pertama menggunakan padang Stadium Nasional Bukit Jalil yang baru sahaja mendapat rumput baharu Zeon Zoysia. Dalam perlawanan itu, skuad negara berjaya menumpaskan India 4-2, namun kemenangan itu dibayangi keadaan rumput tersebut yang tercabut pada beberapa bahagian padang.
sumber:- SH
Ia sekali gua mengundang persoalan sama ada padang tersebut boleh digunakan untuk aksi final pada Selasa ini.Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) juga sedang bertungkus lumus untuk membaik pulih stadium tersebut.
Vietnam dilaporkan telah menolak pelawaan untuk menyertai Kejohanan Bolasepak King's Cup di Thailand pada September depan. Naga Emas dipelawa untuk… Read More
Pendahuluan tentang Piala ThomasPiala Thomas merupakan kejohanan badminton antarabangsa yang telah menjadi salah satu acara paling berprestij bagi pemain badminton… Read More
Pengenalan kepada BadmintonBadminton ialah sukan yang dimainkan oleh dua atau empat pemain yang menggunakan racket untuk menghantar shuttlecock ke kawasan… Read More
Pemain pertahanan Sabah FC, Park Tae-su yang dikenali dalam kalangan penyokong sebagai 'Ketua Kampung Likas' meluahkan rasa kecewa selepas kontraknya… Read More
Penyerang warisan baharu Harimau Malaya, Joao Figueiredo, mencuri tumpuan bukan sekadar kerana jaringan sulungnya dalam kemenangan 4-0 ke atas Vietnam,… Read More
"Kita bagi tempoh seminggu saja bermula hari ini. Kalau tidak, kita akan buat sidang media dan dedahkan segala-galanya yang orang… Read More