Pengendali India, Igor Stimac menjelaskan bahawa skuad Harimau Malaya seperti beraksi ’14 pemain’ hingga menyebabkan pasukannya tewas 2-4 kepada Malaysia pada aksi pertama Pestabola Merdeka 2023, malam tadi.
Lebihan tiga pemain berkenaan yang dimaksudkan oleh Stimac adalah pengadil hingga menyebabkan barisan anak buahnya tewas kepada pasukan yang berada di ranking 134 dunia.
“Kedua-dua pasukan beraksi dengan baik dan tahniah kepada Malaysia. India menentang 14 orang dalam perlawanan malam ini.
“Saya tidak mahu bercakap mengenai pengadil bagi mengelak mengganggu kejayaan pasukan anda (Malaysia),” kata Stimac.
Terdahulu, skuad Harimau Malaya membuktikan ranking hanyalah sekadar nombor apabila membaham pasukan di kedudukan ke 102 dunia 4-2 pada perlawanan pertama Pestabola Merdeka 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) sebentar tadi.
Jelas sekali taktikal pengendali Harimau Malaya Kim Pan Gon terbukti berkesan untuk menyekat pasukan hebat seperti India sekali gus menempah slot menentang Tajikistan pada final Pestabola Merdeka 2023, Selasa ini.
Gol pasukan kebangsaan disumbangkan kapten pasukan Dion Cools, Ariff Aiman Hanapi, Faisal Halim dan Corbin Ong.Pasukan India yang berada di ranking 102 dunia pula hanya menyumbat dua gol menerusi Mahesh Singh dan Sunil Chhetri.
Sementara itu, Stimac berkata, skuad Harimau Malaya memiliki penyokong yang hebat dan terbaik sekali gus membantu Malaysia meraih kemenangan di gelanggang sendiri.
“Kamu memiliki penyokong yang sangat ‘fantastik’ dan terbaik. Saya cukup terhibur dan terpegun melihat sokongan daripada mereka.
sumber:-HM
“Tahniah kepada pasukan Harimau Malaya kerana sokongan padu daripada penyokong sendiri kerana ia membantu memberikan semangat kepada pasukan untuk beraksi dengan baik,” katanya.
Pendahuluan tentang Piala ThomasPiala Thomas merupakan kejohanan badminton antarabangsa yang telah menjadi salah satu acara paling berprestij bagi pemain badminton… Read More
Pengenalan kepada BadmintonBadminton ialah sukan yang dimainkan oleh dua atau empat pemain yang menggunakan racket untuk menghantar shuttlecock ke kawasan… Read More
Pemain pertahanan Sabah FC, Park Tae-su yang dikenali dalam kalangan penyokong sebagai 'Ketua Kampung Likas' meluahkan rasa kecewa selepas kontraknya… Read More
Penyerang warisan baharu Harimau Malaya, Joao Figueiredo, mencuri tumpuan bukan sekadar kerana jaringan sulungnya dalam kemenangan 4-0 ke atas Vietnam,… Read More
"Kita bagi tempoh seminggu saja bermula hari ini. Kalau tidak, kita akan buat sidang media dan dedahkan segala-galanya yang orang… Read More
Pemegang rekod penjaring terbanyak sepanjang zaman Liga Super, Indra Putra Mahayuddin meluahkan hasrat untuk melihat anak tempatan memecahkan rekodnya itu… Read More