sukan

Terima sajalah hakikat sebenar

Sukan badminton di India semakin meningkat serta dapat melahirkan ramai pemain terbaik dunia sehingga mampu menjadi antara pencabar utama.

Legenda badminton negara, Datuk Seri Jalani Sidek berkata, India mempunyai sistem modul yang bagus dan disebabkan itu mereka dapat melahirkan keputusan yang baik dalam setiap kejohanan yang disertai.

“India sudah mula melahirkan pemain-pemain yang berkualiti terutama pemain perseorangan lelaki.””Kelab di sana besar dan berduit kerana ada pelaburan. Bila ada pelaburan dan modul yang bagus, dia (pasukan India) akan naik.

“Sebab itu mereka boleh ambil jurulatih dari luar datang termasuk Hafiz Hashim. Saya tengok India bagus dan akan jadi gergasi selain daripada Korea Selatan yang sudah naik balik,” katanya.

Dari segi kedudukan ranking dunia, boleh dilihat pemain India semakin meningkat naik terutama pemain perseorangan lelaki mereka.

Jalani turut berpendapat sekiranya India menurunkan HS Prannoy dalam acara pasukan di final ketika menentang China, pasukan itu mampu melakukan kejutan ke atas tuan rumah.

Namun India lebih memilih untuk merehatkan pemain itu untuk fokus kepada acara perseorangan lelaki.

Taktikal serta perancangan itu nampak menjadi dan mendatangkan hasil positif apabila Paranoy berjaya melangkah sehingga ke separuh akhir sebelum tewas kepada wakil tuan rumah, Li Shi Feng.

Kejayaan membawa pulang pingat gangsa adalah satu pencapaian terbaik buat negaranya yang kali terakhir menang dalam acara perseorangan lelaki pada 1982 menerusi Syed Modi sewaktu India menjadi tuan rumah.

Hari ini, beregu mereka, Satwiksairaj Rankireddy-Shirag Chetty meraih pingat emas selepas menewaskan gandingan Korea Selatan, Choi Sol Gyu-Kim Won Ho 21-18, 21-16 pada aksi final.

sumber:- HM

Badminton India juga berjaya mencipta sejarah muncul juara buat pertama kali dalam saingan Piala Thomas tahun 2022 menewaskan Indonesia di final dengan keputusan 3-0.

Recent Posts

  • sukan

Maaf Indonesia, Harimau Malaya ada perancangan lebih baik

KETUA jurulatih skuad Harimau Malaya, Peter Cklamovski mendedahkan pihak pengurusan ada ‘kejutan’ menarik bagi melengkapkan jadual antarabangsa buat pasukan kebangsaan… Read More

2 hours ago
  • sukan

Thailand umum kejutan harga pemain muda warisan baharu Malaysia

Media Sepanyol, Estadio Deportivo, melaporkan pemain muda berpotensi besar Athletic Bilbao, Mikel Jauregizar, berkemungkinan memiliki pertalian darah dan boleh mewakili… Read More

2 hours ago
  • sukan

Lima tonggak warisan pertahan Jersi Malaysia sehingga ke penghujung

Tonggak baharu warisan negara meluahkan keazaman untuk terus berjuang bersama skuad Harimau Malaya dalam misi meraih tiket ke Piala Asia… Read More

2 hours ago
  • sukan

“Bangga dengan kamu anakku” — Holgado

Rodrigo Holgado mungkin tidak lahir di Malaysia tetapi tiada siapa boleh menyangkal dia sememangnya berjiwa Malaysia, lebih-lebih lagi atas segala… Read More

3 hours ago
  • sukan

TERKINI: Azeem Fahmi cipta sensasi muncul Juara NCAA

PELARI pecut negara, Muhammad Azeem Mohd Fahmi mencipta sensasi apabila membantu kuartet Universiti Auburn untuk menjuarai acara 4x100 meter berganti-ganti… Read More

4 hours ago
  • sukan

Facundo Garces membuat hantaran media sosial pertama mengenai Malaysia

Bek tengah Harimau Malaya, Facundo Garces, membuat hantaran media sosial pertamanya mengenai Malaysia sebentar tadi. Sejak disahkan sebagai pemain kebangsaan… Read More

4 hours ago