sukan

Sudah tentu mahu ulang balik — Junior Eldstal

TONGGAK pertahanan Harimau Malaya, Junior Eldstal tekad mengulangi detik manis membantu Malaysia menjuarai Pestabola Merdeka pada edisi 2023 yang dijadual berlangsung Jumaat dan 17 Oktober ini.

Pemain kelab Liga 1 Indonesia Dewa United itu berkata, pencapaian yang dilakar bersama skuad Harimau Muda pada edisi 2013 di Kuantan, Pahang merupakan antara memori indah sepanjang kariernya di atas padang.

“Sudah tentu mahu ulang balik, ketika itu saya dapat jaringkan gol lagi ketika bermain sebagai pemain tengah tetapi sekarang nak naik di bahagian atas agak sukar.

“Harap-harap kita mampu melakar satu lagi sejarah pada edisi kali ini,” katanya kepada pemberita pada hari kedua kem latihan pusat Harimau Malaya di sini hari ini.

Junior merupakan penjaring kedua Malaysia pada masa kecederaan babak kedua sewaktu membantu skuad bimbingan Datuk Ong Kim Swee mengesahkan kejuaraan buat kali ke-12 dengan menewaskan Myanmar 2-0 pada final edisi 2013, yang juga kali terakhir kejohanan itu berlangsung.

Meskipun menyedari persaingan sengit untuk merebut tempat dalam kesebelasan utama, pemain berusia 32 tahun itu optimis hubungan baik beliau dengan Ketua Jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan Gon sedikit sebanyak membantunya untuk diberikan kepercayaan diturunkan pada edisi ke-42 kejohanan itu nanti.

Beliau berkata prestasi memberangsangkan skuad kebangsaan mengikat dua pasukan di kelompok 100 dunia iaitu Syria (ke-90) 2-2 dan China (ke-81) 1-1 pada aksi persahabatan antarabangsa Tier 1 di Chengdu bulan lepas melonjakkan semangat mereka untuk tampil lebih garang pada Pestabola Merdeka 2023.

Muka baharu yang juga penjaga gol Terengganu FC, Mohd Suhaimi Husin pula tidak menyangka prestasi baiknya musim ini dapat memikat hati Pan Gon untuk dipanggil menyertai kem latihan pusat kali ini.

“Pada mulanya memang gementar namun lama-kelamaan perasaan itu hilang selepas dapat cipta keserasian dengan pemain lain,” katanya yang berharap dapat menjelmakan aksi cemerlang sekiranya diturunkan kelak.

Malaysia, yang muncul pasukan paling banyak memenangi Pestabola Merdeka dengan 12 gelaran, akan membuka tirai saingan 2023 menentang India Jumaat ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.

sumber:- SH

Kejohanan empat pasukan itu juga akan menyaksikan Palestin menentang Tajikistan dalam satu lagi perlawanan bagi penentuan untuk ke final sama ada menentang Malaysia atau India pada 17 Oktober. – Bernama

Recent Posts

  • sukan

Sejarah Piala Thomas: Perjalanan pertandingan Badminton

Pendahuluan tentang Piala ThomasPiala Thomas merupakan kejohanan badminton antarabangsa yang telah menjadi salah satu acara paling berprestij bagi pemain badminton… Read More

5 hours ago
  • sukan

Sejarah Badminton: Dari Permulaan Hingga Kejayaan Global

Pengenalan kepada BadmintonBadminton ialah sukan yang dimainkan oleh dua atau empat pemain yang menggunakan racket untuk menghantar shuttlecock ke kawasan… Read More

6 hours ago
  • sukan

‘Ketua Kampung Likas’ luah rasa kecewa dengan ayat ‘nanti kita jumpa’

Pemain pertahanan Sabah FC, Park Tae-su yang dikenali dalam kalangan penyokong sebagai 'Ketua Kampung Likas' meluahkan rasa kecewa selepas kontraknya… Read More

10 hours ago
  • sukan

Figueiredo cetus situasi lucu

Penyerang warisan baharu Harimau Malaya, Joao Figueiredo, mencuri tumpuan bukan sekadar kerana jaringan sulungnya dalam kemenangan 4-0 ke atas Vietnam,… Read More

11 hours ago
  • sukan

‘Kami beri seminggu, kalau tidak segalanya didedahkan’

"Kita bagi tempoh seminggu saja bermula hari ini. Kalau tidak, kita akan buat sidang media dan dedahkan segala-galanya yang orang… Read More

11 hours ago
  • sukan

Indra mahu anak tempatan pecahkan rekodnya

Pemegang rekod penjaring terbanyak sepanjang zaman Liga Super, Indra Putra Mahayuddin meluahkan hasrat untuk melihat anak tempatan memecahkan rekodnya itu… Read More

12 hours ago