Pengaruh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) di persada antarabangsa semakin kukuh selepas presidennya Datuk Hamidin Mohd Amin mengadakan perjumpaan bersama Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) Gianni Infantino baru-baru ini.
Walaupun tidak memperincikan mengenai tujuan pertemuan terbabit namun ia membabitkan potensi kerjasama dua hala membabitkan FAM dan Fifa dalam bola sepak.
Malah, pertemuan terbabit diadakan selepas Hamidin menerima undangan daripada Infantino sendiri sekali gus dimanfaatkan untuk berkongsi perkembangan bola sepak tanah air dan juga prestasi pasukan kebangsaan.
“Pada hari ini tahun lalu, saya bertemu Presiden FAM Datuk Hamidin Mohd Amin, untuk membincangkan pelbagai perkara pembangunan bola sepak.
“Saya berterima kasih kepadanya atas tumpuan FAM terhadap pertumbuhan bola sepak wanita serta penglibatan aktif mereka dengan program Fifa Forward dan Fifa Football For Schools sambil kami merenung pelbagai kerja yang dijalankan setakat ini,” kata Infantino menerusi kenyataan yang dimuatnaik di laman Instagram.
Mengikut rekod, FAM antara ahli gabungan negara yang turut menyertai Program ‘Fifa Forward’ iaitu mekanisme badan induk dunia itu memperkasakan negara anggotanya menerusi sokongan kepada pembangunan, futsal, wanita dan juga fasiliti.
Terbaharu, Malaysia menerima impak positif menerusi perkembangan yang ditunjukkan para pemain negara selepas menewaskan Arab Saudi dalam perlawanan penentuan tempat ketiga dan keempat Kejohanan Persahabatan Antarabangsa Wanita di Taif, Arab Saudi baru-baru ini.
Pada awal Februari lalu menyaksikan Hamidin mencipta sejarah tersendiri apabila dipilih sebagai Ahli Majlis Fifa bagi penggal 2023-2027.
sumber:- HM
Pemilihan itu dilakukan pada Kongres Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) ke-33 yang berlangsung di Manama, Bahrain.
Pemain warisan Harimau Malaya, Imanol Machuca meluahkan kegembiraannya selepas membuat penampilan sulung bersama skuad negara di Stadium Nasional, Bukit Jalil,… Read More
Bekas jurulatih skuad muda Vietnam, Hoang Anh Tuan, berpandangan pemain warisan yang turun memperkuatkan Harimau Malaya sebelum ini 'masih belum… Read More
KETUA jurulatih skuad Harimau Malaya, Peter Cklamovski mendedahkan pihak pengurusan ada ‘kejutan’ menarik bagi melengkapkan jadual antarabangsa buat pasukan kebangsaan… Read More
Media Sepanyol, Estadio Deportivo, melaporkan pemain muda berpotensi besar Athletic Bilbao, Mikel Jauregizar, berkemungkinan memiliki pertalian darah dan boleh mewakili… Read More
Tonggak baharu warisan negara meluahkan keazaman untuk terus berjuang bersama skuad Harimau Malaya dalam misi meraih tiket ke Piala Asia… Read More
Rodrigo Holgado mungkin tidak lahir di Malaysia tetapi tiada siapa boleh menyangkal dia sememangnya berjiwa Malaysia, lebih-lebih lagi atas segala… Read More