sukan

Zii Jia kalah melawan di Suku Akhir

PEMAIN perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia terkandas di pusingan suku akhir Sukan Asia Hangzhou 2022 selepas tewas kepada Prannoy Haseena Sunil Kumar dalam pertarungan tiga set penuh mendebarkan, pada Khamis.

Dalam aksi di Stadium Binjiang itu, Zii Jia bermula baik mendahului sehingga kedudukan 12-8 pada satu ketika sebelum dihambat oleh Prannoy membolehkan pemain India itu menang set pertama 21-16.

Zii Jia yang berada di ranking ke-16 dunia berjaya memperkemaskan permainan untuk menang 23-21 sekali gus mengheret perlawanan ke set penentuan.

Perlawanan sengit berterusan ke set ketiga, namun Prannoy lebih unggul untuk menewaskan Zii Jia 20-22.

Dalam pada itu, pasangan beregu campuran, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei juga gagal mara ke separuh akhir disekat wakil tuan rumah, Zheng Si Wei-Huang Ta Qiong.

Tang Jie-Ee Wei tewas dalam aksi straight set 14-21,21-23 kepada pemenang pingat perak Olimpik Tokyo 2020 itu.Tiga lagi wakil negara akan turun ke gelanggang untuk cuba mendapatkan slot ke separuh akhir sebentar lagi iaitu Pearly Tan-M Thinaah yang akan bertemu beregu nombor dua dunia Baek Ha Na-Lee So Hee daripada Korea Selatan.

sumber:- SA

Perseorangan lelaki, Ng Tze Yong pula akan berdepan pemain nombor tiga dunia Kodai Naraoka dari Jepun manakala bekas juara dunia beregu lelak, Aaron Chia-Soh Wooi Yik akan dicabar beregu nombor lapan dunia dari China Liu Yu Chen-Ou Xuan Yi.

Recent Posts

  • sukan

Lima tonggak warisan pertahan Jersi Malaysia sehingga ke penghujung

Tonggak baharu warisan negara meluahkan keazaman untuk terus berjuang bersama skuad Harimau Malaya dalam misi meraih tiket ke Piala Asia… Read More

20 minutes ago
  • sukan

“Bangga dengan kamu anakku” — Holgado

Rodrigo Holgado mungkin tidak lahir di Malaysia tetapi tiada siapa boleh menyangkal dia sememangnya berjiwa Malaysia, lebih-lebih lagi atas segala… Read More

2 hours ago
  • sukan

TERKINI: Azeem Fahmi cipta sensasi muncul Juara NCAA

PELARI pecut negara, Muhammad Azeem Mohd Fahmi mencipta sensasi apabila membantu kuartet Universiti Auburn untuk menjuarai acara 4x100 meter berganti-ganti… Read More

2 hours ago
  • sukan

Facundo Garces membuat hantaran media sosial pertama mengenai Malaysia

Bek tengah Harimau Malaya, Facundo Garces, membuat hantaran media sosial pertamanya mengenai Malaysia sebentar tadi. Sejak disahkan sebagai pemain kebangsaan… Read More

3 hours ago
  • sukan

Pasukan baharu Ifwat Akmal

Kedah Darul Aman bakal kehilangan penjaga gol selepas Ifwat Akmal Chek Kassim hampir pasti bakal menyertai PDRM untuk musim 2025/26.… Read More

15 hours ago
  • sukan

Penangan Malaysia, Vietnam merana

Vietnam dijangka jatuh empat anak tangga ke kedudukan ke-113 dalam ranking FIFA Julai 2025 selepas kekalahan 0-4 kepada Malaysia padapusingan… Read More

16 hours ago