Kelantan United Footbal Club (KUFC) menepati ramalan ke separuh akhir Piala Cabaran 2023 apabila menundukkan Kelantan FC dengan jaringan 4-0, malam tadi.
Aksi suku akhir kedua derbi Kelantan itu yang sepatutnya berlangsung jam 8.15 malam, bermula lewat lebih dua jam akibat hujan lebat di Stadium Sultan Muhammad IV Kota Bharu.
KUFC terlebih dahulu membuat percubaan menerusi Muhammad Khairul Azrin Khazali namun dikuis keluar Muhamad Johan Shahzidane Tendot Johari Tendot minit ke 16.
KUFC membuka gol dengan sepakan percuma yang disempurnakan Mohd Syazwan Zainon minit ke 24.Berselang empat minit, sepakan jarak dekat Sharvin Selvakumaran mudah dibaca Muhammad Johan untuk menyelamatkan gawang tuan rumah.
Mohamad Khala’if Mohd Naskam terlepas peluang menghadiahkan gol buat The Red Warriors apabila sepakan tepi kotak penalti sekadar melalui hadapan pintu gol KUFC.
Keputusan kekal 1-0 hingga tamat babak pertama berikutan tidak banyak percubaan bahaya dilakukan kedua pasukan yang berhati-hati dengan keadaan padang yang licin akibat hujan lebat.
Memasuki babak kedua, Mohd Fazrul Amir membuat percubaan jarak dekat namun ditampan Muhammad Ilham Amirullah menafikan jaringan buat TRW minit ke 58.
Berselang dua minit, KUFC menggandakan jaringan menerusi hantaran lambungan Mohamad Qayyum Marjoni Sabil dalam kotak penalti yang mudah disempurnakan Morgaro Lima Gomis untuk menanduk gol kedua kijang hijau.
Kesilapan Mohd Faiz Mohd Nasir yang tersasar menyepak bola diselamatkan Royizzat Daud yang melakukan ‘tap in’ ke gawang TRW untuk gol ketiga minit ke 69.
Anak buah Ailton Dos Santos Silva terus berpesta gol apabila S.Sarvin menghadirkan gol keempat menerusi lencongan kaki kanan hasil hantaran Gomis.
Kemenangan itu menyaksikan KUFC menempah tempat ke separuh akhir Piala Cabaran dengan agregat 11-0 yang bakal bertembung Kuching City FC yang menewaskan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) dengan agregat 4-0 juga dalam perlawanan yang berlangsung malam tadi.
Skuad hoki negara mempamerkan semangat juang yang tinggi untuk bangkit mengikat Pakistan 3-3 dalam perlawanan pembukaan Kumpulan B, Kejohanan Piala… Read More
Bekas pengendali sementara Terengganu FC (TFC), Badrul Afzan Razali secara rasmi dinaikkan 'pangkat' sebagai ketua jurulatih skuad itu bagi mengharungi… Read More
Pemerhati bola sepak Oman, Issa Saeed, berkongsikan bahawa terdapat lima negara yang berpotensi untuk menjadi tuan rumah bagi perlawanan pusingan… Read More
Seorang jurulatih bola sepak persendirian ditahan polis selepas dipercayai mencabul dua remaja perempuan berusia 13 tahun dalam kejadian berasingan yang… Read More
Selepas membantu Harimau Malaya menjulang kejayaan baru-baru ini, pemain naturalisasi negara, Endrick Dos Santos kembali beraksi untuk kelabnya di Vietnam.… Read More
Johor Darul Ta'zim (JDT) hari ini mengumumkan ketibaan pemain penyerang baru yang akan memperkuatkan pasukan itu dari Brazil iaitu Jairo… Read More